PUTRAJAYA – Disebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan esok, jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 terus meningkat, hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sejumlah 122 kes baharu direkodkan hari ini yang mengatasi kes sembuh sebanyak 87 kes.
“Sehingga 3 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes. Oleh itu,
jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,780 kes.
“Ingin dimaklumkan bahawa daripada 122 kes baharu yang
dilaporkan hari ini, 52 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Noor Hisham berkata, jumlah kes pulih dan telah dicaj hanya pada paras 87 kes.
Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih
sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,413 kes.
Dalam pada itu, selepas tiada kematian semalam, Noor Hisham berkata, dua kematian direkodkan mempunyai latar
belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang.
“Kes kematian ke-104 (kes ke-5539) merupakan lelaki
warganegara Malaysia berumur 82 tahun dan telah
dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April lalu.
“Kes kematian ke-105 (kes ke-5837) merupakan lelaki
warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang,” katanya lagi.
70 kes baru tdk termasuk kes import aku kira masih rate yg tinggi,kita tak tahu di luar sana berapa byk lg yg sedang membawa virus tanpa simptom sdg bebas menunggu saat simptom muncul,pd sepanjang waktu itu berapa byk yg mereka tlh jangkiti.. aku tak setuju kelonggaran pkp ini.