KUALA LUMPUR – Tindakan Jabatan Imigresen Malaysia menggempur pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan Masjid India dan sekitarnya baru-baru ini adalah untuk melindungi negara ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai sebuah negara berdaulat Malaysia mempunyai hak daripada segi undang-undang untuk melindungi kepentingan rakyat.

Malah katanya, kerajaan telah pun mengumumkan sejak awal lagi untuk mengetatkan sempadan termasuk di lorong-lorong tikus bagi mengelakkan daripada dibolosi PATI bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Jadi apakah hanya kerana pandangan yang diberikan oleh Amnesty International atau Suhakam, maka sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini, kita boleh benarkan mereka bebas bergerak walaupun tiada dokumen perjalanan sekali pun?

“Kita sudah kata, kerajaan akan memperketatkan kawalan sempadan untuk tidak membenarkan warga asing masuk ke negara kita termasuk di lorong-lorong tikus sekali pun kita akan sekat.

“Tiba-tiba (PATI) yang ada di dalam negara kita tidak ambil tindakan.

“Jadi semua orang akan datang ke negara kita sebab di Malaysia PATI dibiarkan bebas tanpa tindakan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Jelas Ismail Sabri, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Masjid India akan ditamatkan tidak lama lagi menyebabkan kerajaan perlu mengambil tindakan segera.

Tambahan pula mereka telah disaring menggunakan ujian Covid-19 sebanyak dua hingga tiga kali.

Selepas dihantar ke depot-depot tahanan pula, PATI-PATI ini akan dipastikan untuk mematuhi penjarakan sosial.

“Selepas PKPD tamat, ke mana mereka hendak pergi? Apakah kita perlu benarkan mereka pulang ke rumah sewa masing-masing dan meneruskan kehidupan seperti biasa sedangkan kita tahu mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah?” tegasnya.

Tindakan Jabatan Imigresen Malaysia menggempur PATI-PATI tersebut mendapat perhatian beberapa pertubuhan hak asasi manusia termasuk Amnesty International dan Suhakam yang bimbang ia akan menyebabkan penularan wabak Covid-19 di depot tahanan pula. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tindakan Kerajaan menggempur PATI sangat disokong dan dihargai.
    Harapan rakyat semua ini dilaksanakan tanpa Henti sehingga ancaman PATI dan pengkhianat negara dapat dibenteraskan.
    Sesiapa sahaja yang terlibat dalam lambakan PATI mesti dipertanggungjawabkan dan dihadap kan ke mahkamah tanpa mengira pangkat atau darjat.

  2. Harap kerajaan kesan dan tangkap PATI dari China dan India yang ramai masuk sebelum ini dan tidak balik ke negara asal mereka.

  3. Malaysia telah lama didatangi pendatang dari China dan India, bergitu juga negara2 diseluruh dunia seperti Amerika, Kanada, Australia, N Zealand, Eropah dll yang memerima pendatang2 Cina.

    Sebagai tanggungjawab sosial kepada dunia, suka disarankan agar kerajaan mengesyorkan kepada PBB sekiranya pendatang2 Rohinga ini dapat dihantar kenegara China, sebuah negara yang kaya. Ini adalah kerana rakyat negara ini telah sekian lama menjadi pendatang diserata dunia dan kini tibalah masanya mereka menerima kaum pendatang dari negara2 lain.

    Harap usul ini dapat disampaikan kepada PBB.

  4. PATI yh ditangkap disarankan diagihkan ke rumah2 anggota SUHAKAM..biaq depa bela..baru adq akai! kita duk bayar cukai sedap2 jer bagi makan kat PATI…dan jgn lupa dapat tangkap PATI sebatkan dgn rotan…grrrr

Comments are closed.