DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Wan Rosdy Wan Ismail.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pahang perlu mengkaji dan memperhalusi keputusan Kerajaan Pusat berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu perlu dibuat selaras dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik Covid-19 di Pahang.

Perkara itu akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada 8 Mei ini.

”Sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, masih kekal,” katanya di sini.

Pahang kini sedang menghadapi kemunculan kluster baharu, oleh itu tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya.

”Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu,” ujar beliau. – MalaysiaGazette