Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bersetuju cadangan menteri Perikatan Nasional (PN) agar Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dipinda bagi meningkatkan hukuman berkenaan pemandu mabuk yang terlibat dengan kemalangan.

Menurut beliau, ketika era kerajaan Pakatan Harapan (PH), usaha memperketatkan undang-undang berkaitan pemandu mabuk secara prinsipnya sedang dalam peringkat penggubalan.

“Saya setuju pendirian Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Sebab itu saya menyahut seruan beliau pada Januari lalu dan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet 29 Januari 2020.

“Kabinet ketika itu sudah bersetuju secara prinsip untuk mengetatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk dan mengarahkan kementerian saya untuk menggubal pindaan Rang Undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya tidak sempat membentangkan pindaan RUU tersebut di Parlimen (kerana PH jatuh pada 24 Februari 2020). Namun, saya berharap agenda itu akan diteruskan oleh kerajaan sekarang,” katanya yang juga pemimpin DAP itu dipetik daripada kenyataan yang dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Awal pagi semalam, seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dekat Kajang, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki mabuk.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 awal pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.11 pagi.

Menurut Anthony, isu berkaitan pemandu mabuk tidak harus dipandang ringan dan beliau akan memberikan sokongan penuh sekiranya pindaan RUU tersebut dibentangkan di Parlimen.

Semua pihak, tegas beliau, perlu mengambil pendirian sifar toleransi terhadap pemandu mabuk.

“Ini isu nyawa manusia yang merentasi pendirian politik. Saya akan bangun menyokong pindaan RUU tersebut apabila dibawa ke sidang Parlimen kelak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Zaman ph dulu pemandu mabok bermaharajalela..
    Banyak kes pemandu mabok yang lahanat!! X de pun kau nk bertindak.. Borak kosong lu!!

  2. Aleuto lu la kominis..masa kau ada kuasa kenapa kau x kuatkuasakan..o sbb yg melanggar bnyk nya org bangsa kau kan sbb tu kau buat dek jer…g jahanam lah dgn kau..x yah nk sebok2 lg kai bkn dlm kerajaan pun..

Comments are closed.