KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa tidak serius dalam usaha meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk.
Kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menyatakan individu mabuk boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing, jelas kerajaan memandang ringan isu kemalangan melibatkan pemandu bawah pengaruh alkohol.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, perkhidmatan e-hailing tidak digunakan oleh semua individu yang meminum minuman beralkohol dan mereka masih memandu kenderaan sendiri.
Kata beliau, kenyataan Ka Siong yang meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengkaji pindaan akta itu juga menunjukkan kerajaan bertindak lambat untuk mengatasi masalah berkenaan.
“Sedangkan Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bersetuju meningkatkan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk melalui pindaan Seksyen 41, 44 dan 45 Akta Pengangkutan Jalan sepertimana diumumkan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada 29 Januari lalu.
“Malah, bekas Menteri Undang-Undang, Liew Vui Keong pada 13 Februari lalu juga mengumumkan pindaan hukuman penjara sehingga 20 tahun, tetapi tidak sempat dibentangkan kerana penukaran kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Memandangkan kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk semakin meningkat, kata Faiz, pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan untuk mengenakan hukuman lebih berat perlu disegerakan.
Pindaan itu, tegas beliau, penting sebagai amaran kepada rakyat bahawa pemanduan di bawah pengaruh alkohol adalah satu kesalahan yang serius kerana ia melibatkan nyawa orang ramai. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:

















Hahaha.. perkataan “TAK SEMPAT” menjadi penyelamat kebobrokan pakatan harapan
dlu masa berkuasa berapa byk kes pemandu mabuk??
bodoh punya org,
ckp xtengok cermin,
da xde kuasa baru nk sibuk bg idea itu ini,
#dogdap