MOGADISHU – Sebuah pesawat yang membawa bekalan bantuan memerangi koronavirus terhempas di Somalia mengakibatkan enam orang terbunuh, kata Menteri Pengangkutan Somalia.

Beliau enggan membuat spekulasi punca kemalangan itu, bagaimanapun seorang bekas Menteri Pertahanan memberitahu Reuters bahawa beliau telah bercakap dengan saksi di lapangan terbang yang menyatakan ia kelihatan seperti di tembak jatuh.

Pemberontak, al Shabaab yang berada di kawasan itu ketika pesawat tersebut terhempas di bandar Bardale, di wilayah teluk selatan, yang mana lapangan terbang itu dikawal tentera Somalia dan Ethiopia.

Enam orang, juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, juruterbang pelatih dan dua kakitangan syarikat penerbangan, berada dalam pesawat, kata Menteri Pengangkutan, Mohamed Salad kepada Reuters.

Salad berkata, beliau telah mengerahkan satu unit untuk melakukan siasatan yang akan tiba esok dan mengalu-alukan bantuan antarabangsa.

Agensi berita milik kerajaan Somalia berkata, pesawat milik African Express Airways itu membawa bekalan untuk memerangi Covid-19.

“Sebuah pesawat African (Express) Airways dari Mogadishu ke Baidoa dan kemudian meneruskan penerbangan ke bandar Bardale di mana ia terhempas,” kata agensi berita itu dalam laman sesawangnya.

“Adalah tidak jelas punca ia terhempas,”.

Bekas Menteri Pertahanan, Abdirashid Abdullahi Mohamed memberitahu Reuters bahawa beliau telah bercakap dengan seorang saksi di lapangan terbang yang menyatakan pesawat yang cuba untuk mendarat itu terpaksa membatalkannya dan kembali ke udara sekali lagi kerana terdapat haiwan liar di lapagan terbang dan pesawat ditembak di sayapnya ketika melakukan percubaan kedua untuk mendarat.

Beliau menunjukkan gambar yang memaparkan pesawat itu terbakar, serpihannya bertaburan di sebuah kawasan yang kecil dan ekor pesawat tidak rosak selain menyediakan senarai penumpang seramai enam orang. Reuters tidak dapat mengesahkan gambar dan senarai nama itu.

Ethiopia mempunyai tentera di Baidoa dan Bardale sebagai sebahagian daripada misi kemananan Kesatuan Afrika. – Agensi