USTAZ Muhamad Ariffin Ahmad Rahim menyampaikan tazkirah online semasa ditemui di kediamanny di Subang Bestari baru- baru ini. Foto: MOHD NAIM AZIZ.

KUALA LUMPUR – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diguna sebahagiannya untuk menyampaikan tazkirah agama khususnya kepada peminat kumpulan nasyid Hijjaz.

Itu yang dijelaskan oleh Ustaz Muhamad Ariffin Ahmad Rahim, salah seorang penasyid dalam kumpulan Hijjaz baru-baru ini.

Muhammad Ariffin berkata, berbeza pada tahun-tahun sebelumnya, bulan Ramadan, beliau dan kumpulannya sibuk dengan persembahan pentas nyanyian nasyid di acara berbuka puasa.

Namun akibat perlaksanaan PKP banyak majlis telah ditunda dan dibatalkan.

“Sebenarnya pada bulan Ramadan kami (golongan artis nasyid) mendapat jemputan persembahan di majlis- majlis yang diadakan di hotel umumnya. Kebiasannya pada bulan Ramadan ini kami banyak membuat persembahan jemputan majlis di seluruh Malaysia.

“Ekoran Covid- 19 ini segala aktiviti berkaitan perhimpunan majlis adalah terhad,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Subang Bestari, Selangor baru- baru ini.

Muhammad Ariffin dalam masa yang sama mengakui dalam tempoh ketiadaan persembahan pentas beliau diminta untuk membuat tazkirah online kepada halaman pengikut Facebook agensi pelancongan sebagai salah satu pengisian ilmu dalam tempoh PKP ini.

“Saya diminta memberi perisian tazkirah secara FB live dengan tajuk berkaitan Ramadan atau apa-apa yang berkaitan dengan soal jawab agama dalam jadual waktu yang ditentukan penerbitannya oleh agensi berkenaan,” jelasnya lagi.

Menurutnya, ia salah satu kaedah baru tazkirah online dengan bayaran saguhati sebagai salah satu pengisian aktiviti dalam tempoh PKP ini lebih-lebih lagi Ramadan.

Komitmen untuk Hijjaz juga turut dijadualkan sendiri untuk perisian slot program rakaman televisyen Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Untuk rekod Ariffin merupakan anggota Kumpulan Nasyid Hijjaz sejak tahun 2002 selepas menggantikan Salleh Ramli yang telah pergi menghadap Ilahi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast