JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyifatkan dakwaan konflik dengan UMNO negeri adalah cerita hangat, bersifat peribadi dan bukan antara parti.
Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang menjelaskan ia hanya sebahagian daripada ‘asam garam’ dalam politik, yang sepatutnya tidak menjadi keutamaan dan fokus, terutama apabila negara menghadapi cabaran dalam mengekang penularan wabak COVID-19 ketika ini.
“Jika ada sedikit pun isu itu, ia lebih bersifat peribadi dan bukan antara parti. Kami barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, juga tidak ada masalah,” katanya di sini hari ini.
Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri itu, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mengenai konflik antara Bersatu dan UMNO, dalam Perikatan Nasional (PN) di Johor.- BERNAMA
Asam garam
Sehinggakan mb bersatu disungkurkan.
Kalau nak jilat pun.
Jilatlah berfakta.
Ingat…
Jangan masuk perangkap umno.
Bila umno dah pegang tali.
Dia akan menjerut leher sesiapa saja.
Kawan apalagi lawan nya.
Bagi tau kumpulan dari ppbm yang nak sangat masuk balik ph tu supaya mereka saja yang keluar parri dan buka parti baru ataumasuk aje DAP. jangan ganggu kesejahteraan orang melayu dan muafakat nasional
.