Kerajaan Arab Saudi telah memasang gerbang sterilisasi moden di pintu masuk masjid-masjid besar di Mekahh dan Madinah dalam usaha memerangi penyebaran Covid-19.

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi telah memasang gerbang sterilisasi moden di pintu masuk masjid-masjid besar di Mekahh dan Madinah dalam usaha memerangi penyebaran Covid-19.

Menurut Saudi24, langkah itu merupakan sebahagian dari inisiatif pemerintah yang telah mengambil langkah pencegahan sejak wabak itu melanda.

Presiden Umum Masjid Besar dan Masjid Nabawi, Syeikh Abdurrahman Abdil Aziz Assudais merasmikan gerbang yang mensterilkan orang dengan semburan antiseptik dan dilengkapi dengan kamera termal untuk mengesan suhu dari jarak enam meter.

Ia juga dilengkapi dengan skrin pintar untuk membaca suhu, di mana ia dapat membaca suhu beberapa orang pada masa yang sama.

Semua pekerja di kedua-dua masjid tersebut diminta untuk melalui pintu-pintu gerbang sebelum memasukinya dan sistem itu sendiri akan disterilkan secara berkala.- MalaysiaGazette