Bundesliga Jerman
Bundesliga Jerman

BERLIN – Saingan musim Bundesliga Jerman akan disambung semula pertengahan Mei ini, kata Canselor Jerman, Angela Merkel.

Ia akan menyaksikan satu-satunya liga utama yang pertama di Eropah yang aka kembali meneruskan saingan yang tergantung sejak 13 Mac lalu pada waktu penularan Covid-19 ini.

Bagaimanapun tarikh permulaannya akan ditentukan oleh Liga Bola Sepak Jerman (DFL) pada hari ini.

Kesemua baki saingan tersebut akan diadakan secara tertutup di dalam stadium tanpa kehadiran penonton.

Dengan berbaki sembilan perlawanan lagi bagi menamatkan saingan musim ini, Bayern Munich mengungguli carta liga iaitu kelebihan empat mata berbanding Borussia Dortmund yang menghuni tempat kedua.

Pengerusi Bayern, Karl Heinz Rummenigge merakamkan penghargaan kepada pemimpin politik negara itu yang memberi keputusan terbaik dan membenarkan baki saigan liga ditamatkan.

“Saya berharap semua pemain industri bola sepak supaya mematuhi segala peraturan secara berdisiplin mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast