Gambar hiasan. foto Agensi

NEW YORK – Harga minyak menyusut 4% di bawah AS$30 setong selepas stok minyak Amerika Syarikat (AS) naik dan inventori diesl bertambah, gagal mengimbangi pengurangan pengeluaran yang dilaksanakan oleh OPEC.

Brent jatuh AS$ 1.25 atau 4% ketika ditutup kepada AS$ 29.72 setong, kerugian pertama setelah enam sesi berturut-turut memperoleh keuntungan.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula turun AS$0.57 setong kepada AS$23.99 setong.

Manakala minyak mentah Brent susut hampir dua kali ganda sejak mencapai paras terendah 21 tahun pada 22 April lalu tetapi pasaran berhati-hati melihat perjanjian yang dipimpin oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari mulai 1 Mei lalu.

Angka pengurangan itu setara dengan kira-kira 10% permintaan dunia sebelum krisis koronavirus yang menyebabkan penurunan penggunaan dan harga.

Iraq belum memaklumkan kepada pembeli minyak mengenai pemotongan eksportnya, menunjukkan bahawa ia sedang berusaha untuk melaksanakan sepenuhnya perjanjian OPEC dengan Rusia dan pengeluar lain, kata sumber industri.

Sekiranya Iraq tidak mematuhi sepenuhnya perjanjian OPEC, bersama Nigeria dan Angola, ia boleh merugikan usaha kumpulan OPEC +, walaupun pengeluaran Rusia dalam lima hari pertama Mei ini hampir mencapai sasaran pengeluarannya, kata sumber.

Tanda-tanda pemulihan perlahan, data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan inventori minyak dan penyulingan AS. meningkat minggu lalu.

Inventori minyak mentah meningkat untuk minggu ke-15 berturut-turut, kenaikan sebanyak 4.6 juta tong, kata EIA – kurang sedikit berbanding 7.8 juta tong yang diunjurkan para penganalisis.

Pada bulan April, permintaan minyak global menjunam sekurang-kurangnya 20%, penurunan yang belum pernah terjadi sebelumnya, ekoran sekatan perjalanan yang dilaksanakan seluruh dunia dalam membendung wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast