Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dicapai pada satu mesyuarat 26 April lalu.

Secara kelaziman, jawatan Ketua Pembangkang diberi keutamaan kepada parti di dalam blok pembangkang yang mempunyai jumlah ahli parlimen paling ramai. Pada masa yang sama, pemilihan Ketua Pembangkang dilakukan dengan mengambil kira pandangan semua ahli parlimen di blok pembangkang, katanya.

“DAP yang mempunyai jumlah ahli Parlimen paling ramai telah memaklumkan kepada Majlis Presiden PH bahawa mereka tidak akan menjawat jawatan Ketua Pembangkang.

“Oleh itu, Majlis Presiden bersetuju menamakan Anwar Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi dan Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Semporna,” ujarnya.

Surat serahan tangan telah dihantar kepada pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Isnin lalu manakala surat serahan tangan telah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada 7 Mei lalu.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Ehhh bukan Medey patut jd ketua pembangkang? Di Sapie tu baru jer kata Medey dapat sokongan majoriti..sape yg sokong ni???

  2. Ye lah kalsu anwar jadi ketua pembangkang perbincangan tidak aksn fokus sebab orang depan tak boleh bongkok. Kat elok bangmat sapu jadi ketua. Dia pandai masak.

  3. Ada dua org saje yg mengucar- kacirkan negara buat masa rakyat sedang menderita dgn isu pandemik covid 19, tak habis2 nak membawa pembohongan yg menjaja mempunyai sokongan majority di Parliamen. Sorang dah 2 kali jadi dan pasal nak jadi diktator letak jawatan, lepas tu menyesal dan sorang lagi rasa jawatan PM tu dia hak dia. Kalau dua org ni takda Malaysia akan aman…pening la.

  4. sebaik baik nya ph dap pkr amanah dan bersatu masuk pn abis citer….hahaha…x ada pembangkang semua setuju jer…ok x cadangan nih

  5. Sebagai ketua blok pembangkang, Anwar perlu menasihati Tun keluar dari Bersatu dan jadi Calon Bebas atau masuk salah satu Parti PH sekiranya ingin duduk di kerusi parlimen pembangkang. Kalau Azmin dari PKR boleh masuk Bersatu, tak akan Tun tidak boleh keluar Bersatu masuk PKR.

Comments are closed.