KUALA LUMPUR – Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac sebelum dilonggarkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai pihak, termasuk penggiat seni.
Tidak terkecuali merasai perubahan daripada situasi itu khususnya dari aspek pendapatan adalah komposer dan penyanyi, Amir Jahari.
Meskipun cara bekerja kini berubah apabila tidak perlu keluar dari rumah, Amir Jahari, 28, yang menganjurkan kelas menyanyi secara online mendedahkan, keadaannya lebih mencabar.
Jelasnya, ini kerana pendapatan beliau terjejas, namun masih perlu menampung keluarga di ibu kota.
“Beginilah suasana mengajar buat lagu secara online, dulu ingat keluar rumah kerja memenatkan, tapi ternyata di rumah lebih memenatkan.
“Jika ada nak saya ajar buat lagu boleh roger ya, untuk tampung family (keluarga) dan terus survive (bertahan) di KL ni.Whatsapp – 0168789437,” katanya di akaun Twitter.
Penyanyi kelahiran bumi kenyalang yang terkenal dengan lagu Aku Juga Manusia telah lama menyepi. – MalaysiaGazette