Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 01 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat usul tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat adalah tindakan memalukan sebagai seorang pemimpin tersohor yang pernah mengemudi negara sebanyak dua kali.

Apatah lagi, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong selepas melaksanakan proses secara telus dan cukup teliti mengikut budi bicara dan mematuhi Perlembagaan negara akibat daripada tindakan Dr Mahathir sendiri.

Rakyat yang memerhati tindak-tanduk Dr Mahathir tidak akan pernah lupa bahawa beliau yang melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas timbul isu penyerahan kuasa dalam Pakatan Harapan (PH).

Kemudian, beliau juga yang bertindak keluar daripada gabungan parti itu selepas 22 bulan berkuasa, selain turut melepaskan jawatan dalam partinya sendiri.

Pakar Sejarah, Prof. Datuk Dr Ramlah Adam berkata, rakyat masih mengingati rentetan peristiwa itu kerana adalah sebahagian daripada sejarah negara.

Lantaran itu, tindakan yang dibuat oleh Dr Mahathir untuk kembali berkuasa langsung tidak munasabah dan paling dikesalkan ia dilakukan ketika seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan cabaran sosial dan ekonomi yang getir susulan penularan wabak Covid-19.

Artikel berkaitan: Usul undi tidak percaya, Tun M jangan obses kuasa – Pemerhati politik

Lepas gagal bawa usul tidak percaya, Shafie perlu letak jawatan

Speaker Dewan Rakyat tolak usul Shafie

Dr Mahathir pemimpin utama Bersatu, ada kuasa mutlak – Marzuki

“Semua rakyat terpaksa berkurung selama hampir dua bulan akibat Covid-19, pekerja tidak boleh bekerja, syarikat tidak boleh beroperasi, kedudukan ekonomi terjejas, jumlah pengangguran meningkat.

”Malah, Perintah Kawalan Pergerakan pun belum diangkat balik tetapi Dr Mahathir masih boleh lagi berfikir untuk mendapatkan kuasa politiknya.

“Nyata sekali tindak-tanduk beliau tidak seiring dengan kenyataannya yang mendakwa meletakkan kepentingan rakyat dan negara daripada segala-galanya. Sebagai seorang rakyat biasa, saya cukup sedih dan kesal,” kata Ramlah kepada MalaysiaGazette.

Menurut beliau, sebagai individu yang pernah dua kali diberi peluang berkuasa dan dikenali sebagai pemimpin, Dr Mahathir tidak sepatutnya meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan rakyat dan negara kerana tindakannya itu boleh menganggu-gugat kestabilan.

Ramlah menambah, apa yang cuba ditonjolkan Dr Mahathir ketika ini tidak menunjukkan beliau sayang kepada Malaysia.

Sebaliknya, beliau telah menunjukkan sikap rakus dan ego untuk menggunakan politik dalam memanipulasi kedudukannya dan parti yang dipimpin.

Oleh sebab itu, Dr Mahathir ketika keluar PH mengumumkan untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan pelantikan individu-individu bukan mewakili parti politik.

“Beliau mahu menentukan corak dan hala tuju negara pada masa hadapan, walaupun cadangan itu adalah satu perkara luar biasa dan tidak munasabah.

“Tetapi Dr Mahathir mahu menunjukkan bagaimana angkuhnya beliau mahu merealisasikan cita-cita, untuk kembali berkuasa dengan menonjolkan diri sendiri, kuasa dan kelompok yang menyokongnya.

“Pada saya, ketika semua pihak sedang bertungkus-lumus untuk memerangi wabak Covid-19 siang dan malam, dan beliau masih mahu mengejar agenda politiknya, sepatutnya beliau berasa malu.

“Malu kerana rakyat memerhatikan tindak-tanduknya,” katanya. – MalaysiaGazette

Speaker Dewan Rakyat terima usul Tun M

25 Komen

  1. Seorang tua yang tidak ada maruah diri, zmemalukan dan hanya mementingkan diri sendiri dan keluarganya sahaja. Berbohong kepada rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Terompah jamban pun lebih mulia earipada dia. Kesian semakin tua semakin menjadi kebencian bangsa dan sangat mengaibkan.

  2. Sestem demokrasi membenarkan usul tifak percaya , kedua bagi PN sendiri perlu mendpt keyakinan yg mereka benat2 ada sokongan dari perwakilan rakyat yg di pilih oleh rakyat dan menafikan yg mereka x ada sokongan rakyat.

  3. Rumah kata pi kubur kata mai.Masa untuk ingat mati adalah yang terbaik dan apakah bekalan akhirat sudah mencukupi atau sebaliknya adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

  4. Keliru apa yg sebenarnya tun mahu ..permainan politik tahap kritikal dan tidak sihat tidak membantu rakyat ..

  5. Dah umuq 95 tahun pun tak reti nak percaya kat number 2. Clear evidence beyond slightest doubt, orang tua ni memang percaya kat diri sendiri saja. Mati esok pun sendiri mau solat, sendiri mau tanam, sendiri mau talqin. Orang lain mana tau

  6. Rakyat tak nak bau Hancing lagi. Sumbat hidung Bohh. Cukup lah sekali bau Hancing. Nak samak bukan senang. Huhu

  7. Jelas dan nyata pihak TSMY dan kerajaan PN dah mula gelabah dgn langkah TM ni. Well, jika kita di pihak benar dan yakin mendapat mandat rakyat, sila hadapi tuntutan TM dgn blapang dada semasa sidang Parlimen pd 18 Mei nanti. Ingat PKP pun bakal tamatvpd 12 Mei, jadi isu Covid 19 jgn jadi alasan utk elak parlimen bersidang.

  8. Macam tak tau pulak dia mana ada perasaan malu anak sokong lgbt pun diam x kata apa.beli kilang arak pun x kisah apa yg dia kisah klu harta susut….

  9. Org tua ni nak jadi PM lagi sbb dah takut lah..sebab penipuan dan pembohongan dah terbongkar…klau dia jadi PM ke9 lagi..dia boleh halang penubuhan RCI terhadap BON SAMURAI.

  10. Si tu yg nyanyuk… Dh letak jawatan dan pengurusi… Bru tersedar dari nyanyuk.. Dh nak balik jawatan PM.. Kau ingat senang2 rakyat nak percaya kau lagi lepas ape yg kau buat… Yg percaya pd si nyanyuk ni hanya mat sabu dgn pkr DAP je.. Itu pun bersebab.. Sudah2 lah mahathir.. Makin tua makin menyusahkan negara

  11. Betul bos, rakyat dah meluat, namun saat getir ini kuasa memilih sudah diperingkat dewan rakyat. Berdoa semoga yg gila kuasa diberi hidayah agar sedar dan tidak nyanyuk..

  12. According to the Qur’an when you reach old age you become a child like in nature. Mahathir should forget about his ego and put the needs of the people and the country first. If he is a smart man, he should aim to be in good book of Allah and not to create another political chaos in the country. Mahathir, enough is enough. Prepara for your after life. In that journey, no one will follow you; not your family, money, political party, friends and cronies. Only you good deeds will accompany you. Act before it is too late. Grab the opportunity while it is still there. May God be with you my good old man.

  13. Kesian tengok ahli2 Dewan Rakyat. Miskin betul kedudukan mereka. Tak cukup kah dengan elaun dan gaji sebagai wakil rakyat. Sedangkan masa sekarang ini hampir kebanyakkan rakyat terkesan dgn COVID19 dgn hilang pekerjaan dan pendapatan, ahli2 Dewan Rakyat (PH) sibuk dengan berebut kuasa.
    JGn gunakan ayat2 yg mengatakan KAMU boleh menyelamatkan rakyat dan negara. Tolong jangan guna slogan yang “JIJIK” sedangkan hakikat sebenarnya hanya untuk kepentingan peribadi.
    BIARLAH RAKYAT YANG MENENTUKAN SIAPA YG BOLEH MENERAJUI NEGARA PADA PRU15.
    CUKUP2LAH PERMAINAN POLITIK. APA JUGA KEADAAN SELEPAS COVID19, 222 ORANG AHLI PARLIMEN TETAP MENDAPAT GAJI DAN ELAUN BULANAN, SEDANGKAN KAMI RAKYAT TERPAKSA BERDEPAN DENGAN PEMBERHENTIAN KERJA DAN HILANG PENDAPATAN.

  14. Tun M bukan nak letak jawatan tetapi terpaksa letak jawatan angkara perbuatan pengkhianat dari Bersatu dan PKR.serta.kumpulan terdesak kuasa(Pas dan Umno).Kumpulan jahat ini lah yang memulakan huru- hara dan mengadakan pertemuan sulit serta perancangan licik untuk bergabung bagi menjatuhkan PH. Takkan perkara yg mudah begini pun Awak tak faham atau awak yang bodoh buat-buat tak faham?Bila perut sudah Umno atau Pas.memanglah.Umno atau Pas Yg.betul .l

  15. Tun.M tidak gila kuasa kerana dia negarawan yang cerdik. Antara sebab langkah syaitan.yang dibuat.di.hotel mewah oleh kumpulan pengkhianat lagi mabuk kuasa.kerana tidak setuju dengan kemahuan Tun.M mahu melepadkan jawatan. kepada DS Anwar selwpas Apec. Jadinya yang.gila kuasa ialah kumpulan yang berhati.busuk yang sudah jadi kerajaan PN.Manusia yang mungkir janji dan manusia yang menghasut orang mungkir janji ialah manusia munafik. Tunggulah balasan Allah walaupun anda seorang ulamak kerana Allah Maha Mengetahui.apa yang ada dalam hati manusia..

  16. Anjing2 DAP dah menyalak. Kau sedar tak GST dimansuhkan harga barang tak juga turun. Yang untung tauke2 yg kau sembah dan gadai maruah tu. GST memerlukan semua pernigaan dan transaksi reported to gomen untuk claim INPUT TAX, ada paham… Tak report INPUT TAX HANGUS=rugi. Sebab tu satu dunia pakai GST kecuali DAP yg telah berjaya menyelamatkan tauke2 mereka dari kena declare cukai akibat tak perlu daftar transaksi. Janganlah terus guna otak udang je, pakailah otak orang.

  17. Betul tu bro anjing DAP dah kurang makan sebab PH dah menyembah bumi tuan nye tak dapat nak bagi makan sedap2 lagi …..nyalak lah dema tuu…..

  18. Hoi Medey yg ko gatal letak jawatan apa hal?? Lepas tu kenapa ko tak bubarkan parlimen??? ko ni gila talak ke??? Bebal punya macai

  19. Hoi macai DAP bodoh…ko jawab kenapa lepas Medey letak jawatan dia tak sokong Nuar Begahim jd calon PM??? Sampai Nuar Beghahim kena calon kan diri sendiri jd PM…skrg ni Medey sibuk plak nak jd PM balik?? Sapa sebenarnya nak jd PM balik ni?? Nuar Beghahim ke Medey?? Kenapa tak lantik Medey jd ketua pembangkang yer?? Yg DAP sial ni korang ni sebenarnya sokong sape jd PM? Nuar Begahim ke atau Medey??? Menyusahkan hidup rakyat laaa korang ni

  20. Prof kankong dok diam je lah
    Terbaik TUN.. Sokong TUN
    Biar balaci lebai dgn penyamun goyang
    Kalau cukup sokongan knp perlu takut.. TUN nk sahkn jer

  21. mahadir sebenarnya panik dan nyanyok. dia terbawa2 atas kebiasaan tanpa ingat sistem ph yang berbeza dengan kebiasaan nya.
    kalau dia tidak letak jaqatan. undi tidak percaya akan berlaku diparlimen. kalau ketika itu ph kalah. ph kalah bermarwah. tapi kerana nyanyok seorang pm tua letak jawatan. samalah seperti jong pecah yu kenyang. mahadir patut berehat sekarang sebagai tanda insaf tindakannya yang tidak bermarwah.

  22. STRATEGI TUN [MUNGKIN SENGAJA] MELETAKAN DAP MENYEBABKAN RAKYAT MEMBERI RESPON BURUK TERHADAP PH
    CONTOHNYA LGE DIKATAKAN BUAT KEPUTUSAN TIDAK MEMBANTU MELAYU DAN CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN TH MENINGKATKAN KEMARAHAN W/P SEBENARNYA TIADA ISU
    DIA LETAK AG BUKAN MELAYU NAK BAGI RAKYAT MELIHAT PH TIDAK SEPERTI YANG DIHARAPKAN
    CONTOHNYA PH [KHUSUSNYA PM] TIDAK MEMENUHI CITA2 BANGSA MENEMPATKAN MELAYU DI TEMPAT YANG STRATEGIK MANAKALA TINDAKAN MENARIK BALIK KES LGE MEMBERI PELUANG PAK LEBAI/UMNO MENGAMUK
    PERANAN DAP MENUNTUT TUN MEMENUHI JANJI MENGUATKAN PAK LEBAI/UMNO/AZMIN MENERUSKAN STRATEGI MENEBUK BUMBUNG DAN MENUDUH DSAI AMAT BAHAYA UNTUK MASA DEPAN BANGSA MELAYU
    LAKONAN MEREKA SEMATA2 UNTUK MEMBANTUTKAN USAHA DSAI MENGEJAR CITA2NYA MENJADI PM8
    DSAI DIKATAKAN GILA KUASA SEDANGKAN DIA AMAT COOL DALAM TINDAK-TANDUKNYA TIDAK GELOJOH SEPERTI MAHYUDDIN YASIN/AZMIN/UMNO

Comments are closed.