Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Dalam negara yang mengamalkan demokrasi matang, individu yang membawa usul ‘mengejut dan memecahbelahkan’ seperti Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya dalam Parlimen perlu meletakkan jawatan jika percubaannya gagal.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, individu tersebut secara budiman perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan itu.

“Kegagalan termasuk bila usul itu ditolak oleh Speaker kerana sudah tentu individu berkenaan tahu Speaker akan menolak usul yang tidak mengikuti peraturan mesyuarat Parlimen atau Perlembagaan Malaysia.

“Jika tidak ada pertanggungjawaban, Parlimen terpaksa berdepan dengan usul undi tidak percaya setiap hari yang akan mengakibatkan ketidakstabilan politik negara.

“Jika usul itu berjaya, Perdana Menteri mesti letak jawatan dan kalau tidak berjaya, pembawa usul mesti letak jawatan.

“Persoalannya apakah ahli Parlimen Semporna yang juga Ketua Menteri Sabah mempunyai etika politik untuk meletakkan jawatannya? Kita tunggu dan lihat,” kataya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, lewat malam tadi.

Semalam, tular satu surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memohon satu usul bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Surat tersebut bertarikh 1 Mei 2020 daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggunakan kepala surat Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ahli Dewan Rakyat Kawasan P.189 Semporna, Sabah.

Usul tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) yang dibaca bersama 27(3) dan turut disebut ia tidak bertentangan dengan perkara 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa melantik seorang perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong sebaliknya ia bertujuan menzahirkan perkara itu kepada Dewan Rakyat dan juga rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Lagu mana safie afdal.kamu takdok perut pedal ko.letak jawatanlah.perut pedal busuk kamu ni afdal

  2. Shafie apdal ni…. Zaman najib, ko ni bagaikn ‘pejuang’…, Zaman PH, ko manipulasi ‘peluang’….,sekarang ni takut pecah dn terbarai ko punya ‘tembelang’…bertukar pula kepada ‘petualang’….berbilion rm jadi isu di sabah…

  3. Persoalannya apakah ahli Parlimen Semporna yang juga Ketua Menteri Sabah mempunyai etika politik untuk meletakkan jawatannya? Kita tunggu dan lihat,” kataya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, lewat malam tadi.

    Adakah paklong din dan ahli ahli kabinetnya mempunyai etika politik juga untuk meletakkan jawatan kerana kerajaan yang dipimpinnya tak ada brand, kasut pun ada nama BATA, bahkan kertas cina calit tahi pun ada nama ….. sudahlah dia sendiri mengaku kerajaannya bukan kerajaan pilihan rakyat

Comments are closed.