Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Apa yang berlaku Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menunjukkan parti itu sedang berantakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, ia jelas diperlihatkan apabila Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membawa usul tidak percaya kepada Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengerusi dari parti yang sama bawa usul tidak percaya pada Presiden partinya sendiri.

“Sangat jelas apa akan terjadi pada Bersatu selepas ini,” katanya di Twitter, hari ini.

Khaled merujuk kepada usul Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof telah menerima usul berkenaan, semalam.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff berkata, usul tidak yakin Perdana Menteri itu tidak akan dibahaskan pada sidang 18 Mei ini.

Menurut Mohamad Ariff, usul tersebut diterima di bawah Perkara 27 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. yg sebenar nya alasan jer yg tu ..tg tun m buat tu untuk naik kan anak dia….yg sebenar2nya ….anwar diblkng agenda nih semua …org semua tau mukhriz mmg x pandai mana…..anwar mati2 mak tun m naik…sebsb tun m dah tua mungkin hidup x lama…bila tun m mati…anwar secara otomatik naik jd pm 9….itu rancangan jahat anwar pkr dgn gabungan dap komunis amanah biol…untuk memerintah negara

Comments are closed.