KUALA LUMPUR — Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan dakwaan bahawa pergerakan antara daerah di negeri Sarawak tidak memerlukan kebenaran pihak polis seperti yang tular di media sosial.

Beliau menjelaskan Sarawak masih menguatkuasakan larangan pergerakan antara daerah dan pihak polis akan terus mengadakan sekatan jalan raya di sempadan daerah.

2. Pihak Pengurusan Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) Shah Alam, Selangor menafikan dakwaan bahawa kelab tersebut dikuarantin susulan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan ahlinya.

GGCC menegaskan tiada ahli kelab tersebut yang positif COVID-19. Kelab Itu menjelaskan sejak ia dibuka semula pada 6 Mei lalu pihaknya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial dan membersihkan premis serta peralatan bagi menyediakan persekitaran yang selamat.— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast