CHINA- Sekurang-kurangnya dua pelajar sekolah menengah di negara ini meninggal dunia bulan lepas semasa memakai penutup hidung dan mulut ketika menjalani ujian senaman fizikal.
Menurut media tempatan, kematian kedua-dua remaja itu menyebabkan pakar-pakar mengeluarkan amaran mengenai pemakaian penutup hidung dan mulut bergred tinggi ketika melakukan aktiviti fizikal berat.
Terdapat juga pihak yang mahu pemakaian penutup hidung dan mulut di kelas senaman diharamkan.
Dua pelajar di Hunan dan Henan masing-masing berumur 14 dan 15 tahun mati ketika menyertai acara larian 1.5 kilometer.
Kedua-duanya dilaporkan memakai penutup hidung dan mulut N95 yang biasanya dipakai oleh petugas kesihatan profesional ketika merawat pesakit-pesakit Covid-19.
Punca kematian sebenar diketahui kerana tiada bedah siasat dilakukan untuk mengetahui sama ada pelajar-pelajar berkenaan mempunyai masalah kesihatan atau tidak.
Bagaimanapun, pakar-pakar tetap berpendapat, melakukan aktiviti fizikal berat semasa memakai penutup hidung dan mulut N95 boleh menyebakan masalah kekurangan oksigen.
Walaupun kelas-kelas telah dimulakan semula di seluruh negara yang mana kebanyakan pelajar memakai penutup hidung dan mulut, beberapa kerajaan negeri memerintahkan sekolah-sekolah supaya tidak mewajibkan pemakaian penutup hidung dan mulut semasa kelas senaman.- MalaysiaGazette