Ujian saringan ke atas penduduk China masih dijalankan secara besar-besaran. foto Reuters

BEIJING – Wuhan yang menjadi punca penularan wabak Covid-19 di China melaporkan jangkitan kluster pertama pada hari ini sejak sekatan perjalanan di bandar itu ditarik balik sebulan lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan lonjakan kes semula.

Jangkitan baharu itu muncul ketika perniagaan di China mula beroperasi dan orang ramai kembali bekerja.

Wuhan melaporkan lima kes jangkitan baharu yang disahkan, semuanya tinggal di kawasan kediaman yang sama.

Salah seorang daripadanya adalah isteri seorang pesakit lelaki berusia 89 tahun yang sehari sebelumnya dilaporkan sebagai kes pertama di bandar tersebut selepas banda itu bebas wabak dalam masa lebih dari sebulan.

“Pada masa ini, kawalan pencegahan dan pengendalian wabak di bandar ini masih lagi giat dijalankan, kata pihak kesihatan Wuhan dalam satu kenyataan.

Semua kes terbaru yang disahkan sebelumnya diklasifikasikan sebagai tidak bergejala, individu yang positif mengidap virus dan mampu menjangkiti orang lain tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti demam.

Angka kes tidak bergejala di China tidak diketahui, kecuali mereka didapati posotif semasa ujian saringan dijalankan – sebahagaian usaha menjejaki kontak dan pemeriksaan kesihatan.

China tidak memasukkan kes tidak bergejala dalam keseluruhan kes yang disahkan iaitu 82,918 kes kecuali ujian yang dijalankan menujukkan positif.

Negara ini merekodkan 4,633 kes kematian akibat virus tersebut. – MalaysiaGazette