SYDNEY – Kanak-kanak di beberapa negeri di Australia telah mula kembali ke sekolah pada Isnin selepas bercuti panjang akibat penularan wabak Covid-19.

Ini susulan kes jangkitan baharu di negara berkenaan semakin menurun.

Pelajar-pelajar di negeri paling ramai penduduk, New South Wales dan di bahagian utara Australia, Queensland mula kembali ke sekolah pada kadar terhad bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak berkenaan.

Kerajaan NSW berkata, mereka telah membekalkan ribuan liter sabun dan hand sanitizer ke sekolah-sekolah selain peralatan perlindungan diri peribadi dan pemeriksa suhu badan.

Saiz kelas juga dikecilkan manakala aktiviti-aktiviti pula terhad kepada yang mempunyai kontak fizikal minimum di antara pelajar yang kebanyakannya tidak hdir ke sekolah sejak pertengahan Mac lalu.

“Saya tahu ini adalah satu kelegaan besar kepada keluarga dan ia juga merupakan satu kelegaan besar kepada kerajaan negeri kerana kami tahu betapa pentingnya pengjajaran secara bersemuka kepada murid-murid,” kata Ketua Menteri NSW, Gladys Berekjiklian kepada pemberita di Sydney.

Murid tahun akhir yang mana peperiksaan mereka terganggu akibat penularan wabak berkenaan akan menghadiri kelas tiga hri seminggu, kata Berejiklian.

Katanya, kehadiran kelas sepenuhnya oleh semua pelajar dijangka pada akhir bulan ini.- MalaysiaGazette