Pemilik restoran Zam Zam dijatuhi hukuman penjara dan sebat kerana menyerang penyelia restoran Victory.

SINGAPURA- Pemilik restoran terkenal, Zam Zam dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dengan enam kali sebatan hari ini kerana berkonspirasi menyerang seorang lelaki yang juga pesaingnya.

Zackeer Abbas Khan, 49, didapati bersalah kerana telah berpakat dengan beberapa orang lain untuk menyerang dan menyebabkan penyelia restoran Victory, Liakath Ali Mohamed Ibrahim cedera dan mempunyai parut kekal.

Zackeer berhasrat untuk membuat rayuan, kata peguamnya.

Pemilik restoran terkenal itu telah mengarahkan sekutu perniagaan yang juga kawan lamanya, Anwer Ambiya Kadir Maideen, 50, untuk melakukan satu serangan terhadap mangsa yang bekerja di restoran sebelah.

Anwer yang merupakan orang tengah dalam kes ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah.

Beliau telah mengupah seorang ahli kongsi gelap Joshua Navindran Suraithiran untuk mencederakan muka mangsa dengan sebilah pisau pada 26 Ogos 2015.

Zackeer turut didapati bersalah terhadap satu lagi pertuduhan jenayah iaitu mengugut mangsa dengan berkata “saya nampak bagaimana awak bekerja di sini dan dalam tempoh seminggu saya akan pukul atau bunuh awak.”

Menurut Hakim Mathew Joseph, kejadian yang berlaku pada 2015 itu adalah disebabkan oleh persaingan perniagaan.

Zackeer dan mangsa pernah menjadi rakan kongsi perniagaan 10 tahun sebelum kejadian.

Bagaimanapun, apabila perniagaan tersebut gagal, pemilik restoran yang terkenal dengan hidangan murtabak itu menyalahkan mangsa kerana “menipu” wang sebanyak S$80,000 dan hubungan kedua-duanya semakin tegangan apabila Liakath bekerja dengan restoran Victory yang merupakan pesaing kepada Zam Zam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast