Shahril Hamdan
Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR – Tempoh 22 bulan yang lalu sebagai pembangkang telah membawa hikmah dan pengajaran kepada UMNO yang lebih 60 tahun menjadi kerajaan.

Oleh itu, pengajaran sepanjang tempoh itu diharapkan tidak ‘tercicir’ dek kesibukan dan keghairahan senario politik yang telah berubah.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, normal baharu bukan hanya terpakai dalam usaha kerajaan menangani Covid-19 tetapi juga dalam pengurusan politik.

Misalnya, kata beliau, penglibatan UMNO dalam kerajaan yang baharu ditubuhkan selepas kecelaruan dan kejatuhan Pakatan Harapan (PH) dilihat pro aktif terutama ketika dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19 dengan pelbagai bantuan kepada rakyat.

”Pada masa sama, “normal baharu” juga menuntut kita lebih dinamik dalam segala inisiatif yang membabitkan kepentingan rakyat – termasuk memberi kritikan membina kepada kerajaan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun UMNO ke-74.

Beliau menaruh harapan semua ahli UMNO, tanpa kira jawatan terus bersemangat dan bertekad dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Ya kami orang melayu srmakin bersemangat sekarang dan akan pastikan untuk kembali meneraju bersama PAS dalam PRU 15. Kami akan doakan orang tua yang gila kuasa itu sujud menyembah UMNO yang dia fitnah dan cerca untuk memohon ampun dan maaf. Harap SPRM akan membuka kertas siasatan berkaitan kelepet wang dari pinjaman bon samurai. Segeralah BERSATU pecat dia.

  2. Sedarlah wahai orang melayu & islam.
    Jika kamu bukan islam boleh lah kamu ingkari amaran dari Allah ini.

    قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

    “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.

    Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
    @kerajaan Pakatan Nasional
    @Kerajaan Johor.
    @Kerajaan Melaka.
    @Kerajaan Perak.

    1. Surah AlHajj. Ayat 038.
    Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

    2. Surah AnNisaa’. Ayat 107.
    Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

    3. Surah Yusuf. Ayat 106.
    Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

    4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
    Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

    5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

    6. Surah AnNisaa’. Ayat 105.
    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

    7. Surah Ali’Imran. Ayat 057.

    Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

    8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
    Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    9. Surah Ali’Imran. Ayat 161.
    Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

    10. Surah Ali’Imran. Ayat 032.
    Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

    *Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan…”* (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
    (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

    Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
    (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

    #janganjemuuntukberiperingatan.

Comments are closed.