Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewanya terhadap orang Melayu yang percaya kononnya DAP akan menghancurkan bangsa mereka jika berada dalam kerajaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau mengakui orang Melayu mempunyai banyak kelemahan dan disebabkan itu mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Katanya, orang Melayu ramai yang miskin serta terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu, rasuah dan disebabkan itu penjara dipenuhi oleh banduan berbangsa Melayu.

“Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancurkan mereka?

“Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda,” katanya menerusi hantaran terbaharu dalam blognya http://chedet.cc hari ini.

Dengan mengambil contoh penjajahan British di tanah Melayu, Dr Mahathir berkata, penjajah dari negara itu dijemput untuk menasihati kita dalam bidang pentadbiran namun, seperti di lain-lain tempat, British mengambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.

Katanya, banyak lagi peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan tetapi orang Melayu boleh hancur dan mereka akan hancur apabila membenarkan penyangak jadi pemimpin.

“Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu.

“Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia,” ujarnya.

Dr Mahathir mendakwa, parti itu (UMNO) akhirnya hancur kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu.

Ahli Parlimen Langkawi juga mempersoalkan di mana datangnya bacul dalam kalangan orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP.

Katanya, beliau berasa amat malu kerana ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.

“DAP tidak mungkin hancurkan Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin,” katanya. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Muslims in Malaysia have all the rights to fear DAP because it has partially destroyed the strength of the Muslim economy. LGE sold all of assets accumulated by DSN in Khazanah and Tabung Haji. Muslims fear DAP for the reason the glorify and celebrate past Parti Komunis Malaya. Mahathir knows all this but he is still supporting DAP because he is thinking about contracts for his children and cronies. This old man is always putting his ego above the betterment of the rakyat.

  2. Memang betul orang Melayu telah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British termasuk sekejap oleh Japan. Tiga bangsa ini menjajah hampir empat ratus tahunh di Tanah Melayu.Orang2 Melayu takutkan orang2 Kristian. Disamping menjajah mereka mengembangkan ugama Kristian. Orang Melayu terlalu lama dipinggirkan dan tercicir dalam segenap bidang.Orang Melayu terkenal dengan ciri2 seni nilai budayanya yang tinggi. Inilah kesan2 yang timbul daripada peninggalan penjajah pada Orang Melayu hari ini. Oleh itu 3 Gabungan Parti Melayu PPBM, UMNO dan PAS adalah solid Terbaik Wadah Perjuangan Bangsa Melayu, Ugama Islam Dan Negara MaIalysia. Gabungan ini jangan diungkai. Pastikan berkait rapat berikat mati. Perjuangkanlah Agenda Jihat Untuk Orang 2 Melayu Dalam Semua Bidang. Insya Allah……

  3. tun ni flip flop saja setiap hari..ikut selera pemikiran tua dia.sapa dok layan lagi teruklah…ramai pemimpin berkaliber..lupakan lah tun tu ,,,bagi dia berehat.pening aku tengok flip flop tun tu

  4. Kau cakaplah apa shj madey tntang org melayu …yg jelasnya org melayu xtakut kpd d4p ttpi marah dn berjaga2 dgn barua2 yg mengaku melayu spt kau ni yg snggup mngkhianati melayu dgn berjuang utk kafir harbi spt d4p..Yg setiap masa mnghina melayu dn merompak kekayaan melayu…

  5. “Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau mengakui orang Melayu mempunyai banyak kelemahan dan disebabkan itu mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan.”

    Apakah jika orang melayu melutut pada DAP orang melayu akan maju dan islam akan di martabatkan .. 22 bulan orang melayu bagi peluang tetapi puak cauvinis bukan nak balas budi melayu mengalahkan kleptokrasi malah memperlekehkan mereka dan islam..

  6. Melayu bukan takut DAP tapi sikap, tindak tanduk mereka ketika diberi peluang memerintah amat menyakitkan hati.Sudahlah Tun daripada meraban lebih baik muhasabah diri.

  7. Dah lah Tun… Ko tu yg patut ambik kalkulator kira dosa yg ko kumpol lepas tu tolak ngan pahala ko ada… Tgk ada ke tak untung nak bawak balik kat rumah ko di akhirat nanti 🙂

  8. Kita kena takut pada Allah, takut atas kesalahan2 yg kita buat, takut atas balasan didunia & akhirat. Tanda2 kita tidak begitu bila dinasihati kita sombong, bila berkata2 kita mengeji, apatah lg bila berjanji takde pk nak tepati. Takde guna kita takut pd makhluk apatah lg yg khufur pd Allah…

  9. Tun, dosa dengan Allah senang nak minta ampun. Dosa kencing rakyat dari tahun 1981 sampai 2020 nak buat camne. Dosa kutuk hudud…sunnah nabi. Dosa jadi introducer money politik… Masa Tun Hussein Onn takdak orang politik kaya… Masa Atok Madey, sapa ajaq corruptions, nepotism, cronyism… Duit rakyat hang pejamu anak jadi kaya raya… Kontrak kat kroni.. Bailout anak hang melalui Petronas dll. Dosa aniaya second men/sidekick dari musa hitam sampai Nuaq n TSMY. Allah bagi umuq panjang supaya hang ingat dosa kita, bukan nak pedajjal orang. Kalau sorang dua second men hang tak betul masih logik… Tapi kalau SEMUA orang tak betul… Itu level Mahathir… One and only

  10. Ya ……Tun ..kali ini Game 3 kasi hapus D4P N Pikirrad…klau bule kasi reput sampai akarr

Comments are closed.