Selepas Pakatan Harapan di Kedah berhadapan kemungkinan tumbang, PH di Selangor juga dilanda masalah dalaman.

PETALING JAYA – Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah ditumbangkan, tumpuan kini turut diberikan kepada Selangor yang masih digenggam PH.

Sinchew Daily melaporkan, PH Selangor berdepan risiko sendiri terutamanya kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatanan Nasional (PN) dikatakan kerap menghubungi rakan sejawat mereka dari PH termasuk semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber memberitahu, antara yang disasarkan PN adalah ADUN Amanah yang berjumlah lapan orang di Selangor.

Selain itu, disebabkan PKR sedang giat mengambil tindakan terhadap ahli yang cenderung ke arah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, keadaan itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati.

“Difahamkan daripada 19 ADUN PKR, 10 daripadanya adalah pro-Azmin.

“Mereka yang bakal dikenakan tindakan ini mungkin berasa marah dan membuat keputusan menyokong PN,” demikian lapor Sinchew Daily.

ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha antaranya telah dikenakan tindakan dan dibekukan keahlian PKR buat sementara waktu.

Daripada 56 kerusi DUN di Selangor, PH mempunyai 43 kerusi manakala PN sebanyak 13 kerusi.

Walaupun sebanyak sembilan ADUN PKR dilihat sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 16 ADUN DAP dilihat setia kepada PH, tetapi apa-apa pun boleh berlaku.

“Di Perak, pengunduran ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim dan ADUN Tronoh, Yong Choo Kiong adalah mengejutkan.

“Oleh itu, adalah sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas ini,”kata sumber itu. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Sampai sekarang Timbalan Presiden Parti pun tiada, kalau Presiden bungkus siapa hendak jadi ketua? Alamatnya dengan Parti-Parti pun bungkus.

  2. Tak pe..bini dia boleh ambil alih jawatan..anak Nuar pun boleh…kalau tak de, ahli keluarga lain pun layak…kah kah kah

  3. Kita tunggu PH Negeri Sembilan tumbang dalam masa terdekat. Siapa berani bertaruh tentang ini.

  4. Selepas Kedah… akan di susuli pula N9 dn kemudiannya Selangor…… ‘ mari kita lihatttt…siap yg kena ‘……

Comments are closed.