Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mencabar Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan seperti yang dilakukan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) di Kedah yang mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) sekiranya mahu membuktikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Sebaliknya ujar Najib, parti itu juga perlu menggunakan SD sebagai bukti sokongan mereka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Maka dengan ini tambahnya, PH tidak perlu mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

“Kenapa PH tak buat serupa untuk tumbangkan PM8? Sebenarnya, tak payah buat undi tidak percaya di Parlimen.

“Kumpul lah sekurang-kurangnya 112 SD ahli Parlimen yang baru ditandatangan minggu ini. Muat naik ke FB kesemua 112 SD jika mahu,” katanya menerusi Facebook.

Namun Najib berkata, 112 SD PH untuk menyokong supaya Muhyiddin berundur, sekali gus menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikemukakan secara jujur untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).

“Keluarkan 112 SD Ahli Parlimen terbaru yang nyatakan dengan jelas sokongan pada PM7 untuk menjadi PM9. Apa susahnya?

“Tapi, jangan tipu YDP Agong lagi ya. Awal bulan Mac lalu, PH keluarkan senarai 114 Ahli Parlimen yang didakwa sokong PM7 jadi PM8.

“Tapi satu-persatu Ahli Parlimen nafi sehingga PM7 hilang sokongan majoriti,” tambah beliau.

Pada 29 Februari lalu, Istana Negara mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Ia bermakna beliau menerima lebih daripada setengah kerusi keseluruhan Parlimen seterusnya membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas itu, PH nekad untuk membawa usul undi tidak percaya kepadanya.

Pada 8 Mei lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, menerima usul yang dibawa Dr. Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Betul betul betul. DSNAJIB punya otak masih bergeliga. Buatlah reverse confirmation via SD… Tak payah dok menyalak sana sini. Satu SD RM5, 112 hanyalahRM560…. Pakai duit bantuan PKP pun cukup. Baru betul betul betul.

  2. Nak buat SD macam mana, Warisan nak Tun jadi PM, PH pula nak Anwar jadi PM. Jadi siapa yang sebenarnya nak jadi PM ni.

  3. muak dengan gelagat pemimpin sekarang….SOALAN Cepu EMAS….manakah yang lebih bermaruah dan perlu disokong…1) PINTU BELAKANG atau MASUK BELAKANG… 2)MERUNTUHKAN atau DIRUNTUHKAN…..jawablah MP2 NEGARA INI dengan JUJUR….begitu juga dengan RAKYAT SEMUA.

Comments are closed.