Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

PORT DICKSON – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk ditemui maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke kawasan belukar di Kilometer 10, Jalan Seremban di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, R. Rajasegaran yang berumur 45 tahun, ditemui di lokasi berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bergerak dari arah Port Dickson ke arah Lukut. Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan belukar berhampiran.

“Mangsa telah dijumpai oleh petugas Polis Diraja Malaysia yang sedang meronda. Hasil pemeriksaan dalam kenderaan telah menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedar diri dan telah disahkan meninggal dunia,” menurutnya dalam kenyataan di siniĀ hari ini.

Beliau berkata, isteri mangsa pada Khamis lepas telah membuat satu laporan polis berhubung kehilangan mangsa.

Katanya, hasil bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Port Dickson mendapati punca kematian mangsa disebabkan pelbagai kecederaan berikutan kemalangan itu dan kes disiasatĀ  mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama