Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini dan esok, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) bagi parameter PM2.5 di kawasan terbabit melebihi 150 selama lebih 24 jam.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Pesawat C-130 Hercules milik TUDM akan digunakan sebagai aset utama bagi menjalankan operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pembenihan awan adalah antara usaha kerajaan bagi membantu mengurangkan kesan jerebu serta memperbaiki kualiti udara di kawasan terjejas.

“Pelaksanaan operasi bagaimanapun tertakluk kepada keadaan cuaca dan kewujudan awan yang sesuai bagi proses pembenihan,” katanya lagi.

Dalam masa sama, katanya, NADMA berrsama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan jerebu dan keadaan cuaca semasa bagi memastikan tindakan bersesuaian dapat diselaraskan dari semasa ke semasa.

Sebagai rekod, keadaan jerebu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 di kebanyakan kawasan.

Baru-baru ini dilaporkan, Johan Setia, Selangor mencatat IPU tertinggi iaitu 198; Shah Alam (170).

Di Wilayah Persekutuan KL pula, Batu Muda/Cheras mencatat IPU Sekitar 155 hingga 171, manakala Putrajaya 171. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here