Pesawat F-22
PENSACOLA, Florida – Sebuah pesawat pejuang F-22, Raptor, tentera udara Amerika Syarikat (AS) yang sedang menjalani latihan di terhempas di Pengkalan Udara Eglin, Florida.
Juruterbangnya sempat keluar daripada pesawat tersebut dan berada dalam keadaan stabil, kata tentera udara negara itu seeperti dipetik abc News.

“Sebuah pesawat F-22 dari Suadran ke-43 yang berpengkalan di Pengkalan Tentera Udara di Eglin terhempas pada pukul 9.15 pagi.

“Lokasi kemalangan adalah 12 batu timur laut medan latihan pengkalan utama Eglin,” menurut kenyataan tentera udara.

Menurut kenyataan itu, juruterbang pesawat tersebut telah di bawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, tiada kemalangan jiwa yang membabitkan orang awam serta tiada kerosakan harta benda awam dan kawasan kemalangan itu telah ditutup. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast