Du Wei

TEL AVIV – Duta China di Israel ditemui mati di kediamannya di pinggir Tel Aviv, menurut jurucakap polis.

Punca kematian Du Wei, 57, tidak dimaklumkan.

Beliau menjadi duta ke Israel pada Februari lalu.

”Polis berada di tempat kejadian sebagai prosedur biasa,” kata jurucakap itu.

Channel 12 TV yang memetik sumber perubatan berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati Du mati semasa dalam tidur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast