Feri Langkawi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkuan Malaysia tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan kepada mana-mana pengusaha feri Langkawi untuk mengenakan bayaran tambahan penjarakan sosial ke atas harga tiket feri.

Sehubungan dengan itu, pihak pengusaha feri Langkawi tidak dibenarkan mengenakan bayaran tambahan (surcaj) ini kepada penumpang dari Terminal Penumpang Kuah, Langkawi kesemua destinasi dan sebaliknya, kata Jabatan Laut.

Ini juga adalah selaras dengan subseksyen 65D (d) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang menetapkan bahawa hanya Lembaga Perlesenan Perkapalan Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kelulusan Menteri Pengangkutan Malaysia boleh menetapkan kadar harga yang dikenakan untuk membawa penumpang atau kargo oleh mana-mana kapal yang terlibat dalam perkapalan dalam negeri. – MalaysiaGazette