KUALA LUMPUR – Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurainie Haziqah Shafii mengumumkan untuk melepaskan jawatan dan keluar daripada parti itu selepas tidak lagi yakin kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti tersebut.
Beliau turut memaklumkan peletakan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
”Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa jawatan ini adalah atas kapasiti saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat,” katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada anggota parti itu yang memberi mandat kepadanya sebagai Exco Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang menang pada Pemilihan PKR lalu, Menteri Besar Selangor dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya kerana telah memberikan kepercayaan dan kerjasama sepanjang menjadi Ahli Majlis MBPJ.
Nurainie berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform sedia ada serta memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kapasitinya sebagai seorang peguam.
”Prinsip ini telah saya junjung sejak saya menjadi seorang aktivis bermula di universiti dan kemudian menubuhkan pelbagai platform NGO yang aktif sehingga kini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

















Ini baru gentleman or should I say “ Gentlewoman “. Letak jawatan yang berkait dengan lantikan politik tanpa disuruh atau ditamatkan. Tengok2 lain2 lantikan politik tuu…. yang dilantik dalam kapasiti politik terutama sekali dilantik oleh Atuk95 sendiri kena le faham dan berundur.
Semua penjawat jawatan lantikan PH mesti letak jawatan seperti Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Speaker Dewan Rakyat, dan Timbalan nya Azmi Sharom; Ketua SPAD, Ketua SPAN…..
Lps tu lantik org2 yg brkelayakan dr kjaan bukn pilihan rkyt…dr peti undi…cuma gn langkah? Halimaton?
Makin ramai sudah hilang keyakinan dgn PKR. Lps ni dlm PKR tinggal anwar dan kartelnya sahaja yg begitu mudah dicucuk hidung. Allah maha besar..!!