Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 114 orang Ahli Parlimen duduk di blok kerajaan dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Situasi ini memberi gambaran bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen.

Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula duduk di blok pembangkang bersama-sama 106 Ahli Parlimen yang lain.

Selain Dr Mahathir (Langkawi), terdapat empat lagi Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut duduk di blok pembangkang.

Mereka ialah, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Dr Maszlee MAlik (Simpang Renggam) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar).

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Sidang Dewan Rakyat pada hari ini hanya membabitkan majlis pembukaan mesyuarat pertama Penggal Ke-3 Parlimen Ke-14 dengan mendengar titah Yang di-Pertuan Agong sahaja.

Menariknya, sidang kali ini adalah yang pertama selepas berlaku perubahan dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional selepas runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast