Azhari Shaari
Azhari Shaari

KUALA LUMPUR – Pentadbiran dua bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jauh lebih baik dari pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan dari 10 Mei 2018 hingga 24 Februari lalu.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, dalam tempoh dua bulan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperuntukan ratusan bilion ringgit untuk membantu kebajikan rakyat, berbanding kegagalan PH menunaikan walau lima peratus janji manifestonya.

Membidas kritikan penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau menyatakan, selain gagal menunaikan janji, PH sering menyalahkan rakyat dengan menuduhnya pemalas dan suka bergantung kepada subsidi kerajaan.

“Tahukah Uncle Lim, pentadbiran kerajaan PN selama dua bulan adalah jauh lebih baik dari pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan.

“Dahlah janji manifesto tidak ditunaikan, malah sering pula tuduh rakyat malas dan suka bergantung pada subsidi.

“Saya yakin rakyat sudah muak dengan hasutan dan fitnah yang dilemparkan oleh PH,” katanya dipetik kenyataannya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang menyifatkan pimpinan PN sebagai lawak kelas dunia.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, PN menjanjikan pentadbiran berkelas dunia dalam satu hari, dan keesokan harinya pula menghancurkan asas pentadbiran berkelas dunia dengan menghalang penelitian dan semak imbang Parlimen.

Menurut Azhari, beliau berharap kerajaan PN sekarang meneruskan tugas diamanahkan dan bantu rakyat sedaya upaya.

“Abaikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh PH sebab rakyat sudah mengenali perangai sebenar mereka pembangkang itu,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Has betul tu. PH haprak. Habis hal orang melayu dan agama islam rosak.

  2. Lahanat ini memang talam 10 muka. Penang buat satu jam dia tak menyalak… Negeri dia. Boboboi kat kedah buat satu jam, Madey ngan kit siang membisu saja. Negeri 9 buat sama depa diam jugak pai geng depa. Dap ngan Madey… Janganlah bertalam 10 muda, talam janya ada satu muka

  3. betul pada jangka pendek. lebih baik hari ini tapi akibat nya dimasa hadapan. samalah kita menerima hutang. suka dan senang ketika menerima. tapi apa akibat nanti bila hutang itu akan dituntut bayaran nanti.

  4. Cakap orang mabuk ke dia ni? Tak pernah ada orang boleh menilai baik buruk sebuah kerajaan dalam masa 2 bulan. Tak pernah berlaku dalam sejarah. Cuma disebabkan PN bagi duit welfare pada rakyat sekali, dia dah kata bagus? Tahu tak duit tu mai dari mana? Duit reseb “foreign reserve” negara disebabkan perbelanjaan kecemasan. Sama macam kamu semua duit simpanan untuk perkahwinan awak, tak semena2 ibu atau bapa awak kena masuk hospital kritikal. Klau awak anak soleh awak belanja kos rawatan dari duit simpanan kahwin awak, bukan?
    Dah ibu bapa awak pulih sekarang mana awak nak cari duit ganti? Tarikh perkahwinan besok lusa? Nampak gaya kena tangguh lah! Boleh himpun balik konon tetapi doktor cakap ibubapa awak tiap2 bulan kena chemo/ dialysis. Last sekali jadi bujang terlajak.
    Awak boleh hidup dengan duit welfare kerajaan bagi satu kali tu? Bulan depan duit welfare tak dak lagi. Itulah dinamakan duit ehsan bukan duit gaji buta. Sebagai ahli politik, malaun ni sepatutnya lebih tahu kita sebuah demokrasi kapitalis bukan sebuah negara sosialis yang bagi duit free setiap bulan pada rakyat.
    Tunggu lah selepas krisis Covid-19 ni lagi 2-3 tahun bila duit tak cukup nak bayar bahan impot ( trade deficit) negara asyik kena pinjam kat orang. Program2 pembangunan cuma akan nampak cantik atas kertas tapi negara tak ada duit. Saya nak tunggu simalaun ni nak puji PN ketidak.

Comments are closed.