Penduduk UAE dibenarkan mengambil masa dua jam untuk membeli-belah. foto Agensi

DUBAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan memanjangkan tempoh perintah berkurung selama dua jam pada waktu malam setiap hari mulai minggu ini setelah berlaku peningkatan kes harian koronavirus.

Pada masa ini perintah berkurung berkuatkuasa dari jam 10 malam hingga 6 petang dan mulai hari Rabu, perintah itu akan bermula jam 8 malam, kata jurucakap Pengurusan Bencana dan Krisis Kebangsaan, Saif Al Dhaheri.

Semalam, UAE melaporkan sebanyak 832 kes jangkitan dengan empat kematian – menjadikan angka kes jangkitan sebanyak 24, 190 dan 224 kematian.

Negara ini turut menghentikan penerbangan penumpang biasa dan menutup kebanyakan tempat awam untuk memerangi penyakit itu, tetapi seperti negara-negara Arab Teluk lain, virus itu merebak dalam kalangan pekerja migran berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan yang sesak mendorong lebih banyak ujian saringan dijalankan.

Pihak berkuasa telah mengatur penerbangan pulang untuk warga negara lain dan sejumlah penduduk.

Agensi berita negara itu mengatakan penduduk dengan saudara-mara di UAE boleh mula pulang pada 1 Jun untuk bersatu semula dengan keluarga.

Beberapa tempat termasuk pusat perniagaan dan pelancongan Dubai, membenarkan pusat membeli-belah dibuka semula dengan kapasiti terhad sepanjang Ramadan yang bermula pada 24 April lalu.

Dubai juga telah membenarkan restoran dan kafe memulakan perniagaan dengan kapasiti 30%.

Taman-taman awam juga dibenar dibuka semula dengan sekatan.

Dhaheri berkata, UAE juga tidak membenarkan perjumpaan keluarga semasa sambutan Aidilfitri.

Katanya, pusat beli-belah boleh beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam menjelang Aidilfitri dengan pelanggan dibenarkan berada di sana sehingga dua jam.

Mereka yang melanggarkan peraturan boleh ditahan, selain denda sebanyak 50,000 dirham (AS$ 13,000) kerana tidak mengendahkan perintah kuarantin dan 3,000 dirham kerana tidak memakai topeng muka atau melakukan penjarakan sosial atau melanggar perintah berkurung.

Pendakwa raya akan menjatuhkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak kurang dari 100,000 dirham bagi pesalah melakukan kesalahan secara berulang. – MalaysiaGazette