KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan dilakukan berhubung percanggahan kenyataan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kes Riza Shahriz Abdul Aziz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Khamis lalu.
Ketua Pembangkang itu berkata, adakah munasabah kes sebesar itu boleh diselesaikan secara rundingan, bayar dan bebas, sedangkan Thomas menjelaskan, beliau tidak memperakui persetujuan penyelesaian kes berkenaan.
“Tommy sudah menjawab, cuma bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya belum membuat apa-apa ulasan, mungkin dia belum teliti lagi.
“Tetapi apa yang kita nak persoalkan, adakah munasabah kita selesikan kes seperti ini dengan rundingan dan membayar sedikit.. kalau kita ambil RM1 bilion, bayar RM100 juta, (kes) selesai.
“Esok, ada orang kata, dia curi 10 ekor ayam, bayar satu ekor (ayam), (kes) selesai. Itu kaedahnya sama, jangan pandang ringan. Begitu juga kalau kita curi 10 motosikal, runding dan bayar balik satu motosikal,” katanya yang bersiaran langsung di Facebook hari ini.
Artikel berkaitan: Anak tiri Najib lepas tanpa bebas
Pada 14 Mei lalu, mahkamah melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz iaitu anak tiri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, membacakan kenyataan kepada mahkamah, bahawa sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi.
Sri Ram berkata, selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.
Dalam pada itu Peguam Negara, Tan Sri ldrus Harun dalam satu kenyataan berkata, Thomas dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya telah bersetuju secara prinsip untuk menerima penyelesaian kes Riza Shahriz Abdul Aziz (Riza Aziz).
Artikel berkaitan: Tommy, Latheefa setuju penyelesaian kes Riza – Peguam Negara
Menurut Anwar, undang-undang tidak boleh mengenal darjat.
Katanya, kerajaan harus tegas dalam kes 1MDB itu, tapi pada masa sama, tahu di kalangan menteri sedang memunggah kekayaan dan projek dan secara terangan berlaku sekarang ini.
Beliau juga mengakui, perkara itu berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, tetapi Kecewa SPRM tidak agresif untuk menangani masalah berkenaan.
“Jadi, kalau kita bincang rasuah, kita tidak mahu rasuah itu memelihatra golongan atasan, bangsawan dan korporat sahaja, sedangkan golongan bawah didera.
“Saya selalu beri contoh, kenapa tidak diambil tindakan orang yang ambil RM1 juta ringgit? Ohh, itu bukan rasuah, itu komisen. Mengapa ambil tindakan ke atas anggota polis yang ambil RM50? Ohh, itu rasuah.
“Ini yang jadi perkara mainan, sebab ini yang berlaku. Ini yang disebut antara dua darjat. Ia memberi satu kefahaman kepada kita bahawa dalam sistem perundangan ini tidak mengira parti,” katanya. – MalaysiaGazette

















Tidak munasabah jika benar nuar tak bersalah dlm tuduhan cubaan mencabul yusof tapi tak berani menjalani ujian polygraph,siasatan terperinci perlu di lakukan
Menurut Anwar, undang-undang tidak boleh mengenal darjat.
Bila Peguam Negara yang baharu nak panggil semula perbicaraan kes rasuah banglo murah LGE yang berjalan seperti cerita cartoon terkezuttt!
Tak munasabah juga nuar dapat penampunan DYPA atas kesalahan liwat yang dijalaninya fanbenas dari penjara. Tak masuk akal langsing
kepala bapak ko la
ko tu peliwat
ko cepat mati la bagus drpd hidup menyusahkan ramai org
sial la ko banduan peliwat