Bekas Jurugambar Utusan Malaysia, Nooradzrene Mohd Noor Uchu ketika ditemubual pada Program Penyerahan Sumbangan kepada Bekas Pengamal Media anjuran Malaysia Gazette di Ukay Perdana, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Nasib yang menimpa bekas pengamal media terutamanya kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. tidak pernah dilupakan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Atas dasar hubungan ukhwah sesama manusia khususnya rakan sejawatan, barangan keperluan harian dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Apatah lagi ada yang masih lagi tidak mendapat pekerjaan selain mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Justeru kira-kira 20 bekas wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! disantuni selain sumbangan turut diberikan kepada jurugambar yang terdiri daripada organisasi media lain.

Wartawan Malaysia Gazette, Arif Nizam Abdullah (dua kiri) bersama Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori (kiri) dan Wartawan Malaysia Gazette, Zazrina Zainuddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Bekas Wartawan Hiburan Utusan Malaysia, Basir Abu Bakar dan isteri, Noor Azlina Jaafar pada Program Penyerahan Sumbangan kepada Bekas Pengamal Media anjuran Malaysia Gazette di Serdang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 MEI 2020.

Sumbangan melibatkan barangan seperti beras dan bihun oleh Padiberas Nasional (BERNAS) selain telekung oleh D’or Rue Sdn. Bhd. menerusi Projek Wakaf Telekung sempena program Ziarah Ramadan MalaysiaGazette.

Program seharian bermula pukul 10 pagi sebelum sumbangan dihantar ke rumah pengamal yang berakhir sekitar j8 malam yang melibatkan dua kenderaan dan lapan staf MalaysiaGazette.

Sebelum ini, katanya program itu telah menyantuni beberapa lokasi terpilih, seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petaling Jaya, Hospital Kuala Lumpur, Penjara Kajang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak. – MalaysiaGazette

Wartawan Malaysia Gazette, Arif Nizam Abdullah (kiri) bersama Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori (dua kiri) dan Wartawan Malaysia Gazette, Zazrina Zainuddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada bekas Jurufoto Utusan Malaysia, Djohan Shahrin Shah pada Program Penyerahan Sumbangan kepada Bekas Pengamal Media anjuran Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 MEI 2020