TERKINI : 50 Kes Baharu Covid19 Telah Dilaporkan – Dr Noor Hisham

Sebanyak 90 kes kes baharu Covid-19 di discaj hari ini menjadikan jumlah kes yang dibenarkan keluar wad iaitu 5,796 kes atau 82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes pulih Covid-19 di Malaysia adalah hampir dua kali ganda berbanding kes baharu.

Bagaimanapun, 50 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu 7,059 kes. “Daripada jumlah itu, tiga kes merupakan import manakala 47 kes lagi adalah penularan tempatan.