Ibu bapa bersama anak-anak mereka gembira bermain bungai api selepas siap memasang dekorasi raya blok kediaman mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Penjawat Awam, Presint 15, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2020.

PUTRAJAYA – Tidak dapat pulang ke kampung halaman bukan halangan untuk seisi warga Perumahan Penjawat Awam, Presint 15 di sini menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana meriah dan penuh warna-warni.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kesemua sembilan blok kediaman di situ dipenuhi dengan dekorasi bertemakan hari raya termasuk deretan pelita panjut.

Penduduk, Willay Japar melakukan kerja-kerja pemasangan lampu perhiasan sebagai dekorasi blok kediaman mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Penjawat Awam, Presint 15, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2020.

Suasana lebaran juga dirasai ketika melihat keletah kanak-kanak bermain bunga api sambil diperhatikan oleh ibu bapa mereka.

Kanak-kanak riang bermain bungai api selepas ibu bapa mereka selesai melakukan kerja-kerja perhiasan raya dekorasi blok kediaman mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Penjawat Awam, Presint 15, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2020.

Walaupun tradisi memasang lampu perhiasan berwarna-warni itu dimulakan sejak tahun 2018 lagi namun lebaran kali jelas dilihat kemeriahannya apabila rata-rata penduduk di situ akur untuk tidak pulang ke kampung halaman dan menyambut lebaran di kediaman masing-masing.

Penduduk Blok A3, Mohamad Uwis Habib Rahman berkata, perancangan untuk mencantikkan kawasan lobi dengan pelbagai jenis lampu hiasan tercetus sejak awal Ramadan lagi tanpa memikirkan soal pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Temubual bersama penduduk, Mohamad Uwis Habib Rahman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Penjawat Awam, Presint 15, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2020.

“Kita memang rancang untuk memeriahkan suasana selain menjadi hasrat kami seluruh warga blok menyambut ketibaan hari raya di sini memandangkan ramai yang tidak dapat balik kampung disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Jadi ini antara inisiatif yang diambil untuk menceriakan Aidilfitri selain mengharapkan lebaran tahun kali ini disemat sebagai kenangan dimana ada pahit dan manisnya bila kita hanya berada di rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Mohamad Uwis, mereka membuat perancangan dekorasi raya ini secara berperingkat dengan memasang pelita dan kemudiannya membina gazebo yang diperbuat daripada buluh bagi mendapatkan suasana seperti berada di tepi bendang.

Katanya lagi, mereka turut mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan untuk mengambil buluh dari sebuah kawasan ditetapkan.

Sementara itu, penduduk Blok C3, Khairul Amiruddin Ahmad berkata, persiapan menghias bangunan itu dimulakan sejak 17 Mei lalu secara gotong-royong selepas mengutip sumbangan daripada warga blok berkenaan.

Temubual bersama penduduk, Khairul Amiruddin Ahmad sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Penjawat Awam, Presint 15, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2020.

“Kita betul-betul mahu rasa suasana hari raya di sini kerana kelazimannya kita akan beraya di kampung.

“Misalnya saya yang masih ada ibu dan bapa mertua di Perlis namun tahun ini tidak dapat pulang, tetapi di sini tidak kurang meriahnya kerana ramai komuniti yang akan berhari raya bersama.

“Hikmah daripada wabak Covid-19 ini adalah kami dapat lebih mengenali ketua blok dan bagaimana cara dia berkomunikasi dengan seluruh warga di sini selain merapatkan lagi hubungan silaturrahim,” katanya.

Temubual bersama penduduk, Mohamad Farid Mohd Rashid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Penjawat Awam, Presint 15, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2020.

Manakala bagi Mohamad Farid Mohd. Rashid dari Blok C1, dia menyifatkan lebaran kali ini begitu luar biasa apabila seluruh warga kota tidak dibenarkan pulang ke kampung selain perlu menyahut seruan kerajaan untuk menyambut Aidilfitri berpandukan norma baharu.- MalaysiaGazette