TERKINI : 78 Kes Baharu Positif Covid19, Satu Kes Kematian Hari Ini – Dr Noor Hisham

Sebanyak 78 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan pertambahan satu kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia iaitu 7,137 kes.

Katanya, daripada 78 kes baharu itu 25 kes adalah kes import manakala 53 lagi adalah penularan tempatan.

“40 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 25 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.