Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Walaupun selepas 10 Jun nanti, kelonggaran masih lagi tidak dibenarkan bagi beberapa sektor dan majlis-majlis tertentu termasuk perkahwinan di rumah ibadat.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dari awal lagi pihak berwajib telah membuat keputusan majlis perkahwinan dilarang ketika ini sebagai langkah menangani penularan pandemik Covid-19.

“Memang benar ada beberapa aktiviti agama telah dibenarkan tetapi ianya selepas 10 Jun kelak. Seperti penganut Kristian boleh ke gereja pada hari Ahad. Hanya sekali dalam seminggu dalam kuantiti yang dibenarkan sahaja.

“Juga hanya beberapa acara keagamaan tertentu pada hari tertentu sahaja dibenarkan. Tidak semua boleh dan ianya telah dibincang secara mendalam dan terperinci oleh pihak berwajib.

“Bagaimanapun, majlis perkahwin sememangnya tidak dibenarkan diadakan di rumah ibadat ketika ini dan selepas 10 Jun nanti. Selain perkahwinan, acara pengebumian juga hanya terhad kepada kehadiran seramai 20 orang sahaja,” katanya dalam sidang media harian sebentar tadi.

Sah! Pengurusan kuil Serdang akui ada majlis perkahwinan semalam – Polis

Semalam MalaysiaGazette melaporkan sebuah kuil di Seri Kembangan mengadakan majlis perkahwinan dipercayai telah dihadiri dalam jumlah yang banyak.

Bagaimanapun, pada awalnya pengurusan kuil tampil menafikan sambil menyatakan video rakamanan majlis kahwin di luar perkarangan kuil tersebut yang penuh dengan kereta dengan beberapa orang siap berpakaian tradisional viral.

Hari ini pula, pengurusan kuil setelah disiasat polis akhirnya membuat pengakuan bahawa mereka telah mengadakan majlis perkahwinan dengan kehadiran antara 20 hingga 30 tetamu.

Sambung Ismail Sabri lagi, beliau sedia maklum dengan insiden tersebut dan mendedahkan ketika ini pihak polis masih lagi meneruskan siasatan sebelum tindakan mengikut peraturan Covid-19 diambil.

“Majlis perkahwinan tidak boleh diadakan di rumah ibadat sehingga diberitahu kelak. Ketika ini tidak boleh.

“Saya dapat tahu pihak berkuasa sedang menyiasat, tindakan akan diambil termasuklah terhadap individu-individu yang hadir majlis tersebut,” tegasnya. –MalaysiaGazette

Majlis perkahwinan di kuil Serdang dihadiri puluhan tetamu

1 Komen

  1. mohon kerajaan saman kuil yg terlibat,
    mereka secara automatik bersubahat,
    bio padan muka bangang2 tu semua,
    jgn bg muka pada sesiapa yg langgar arahan,

Comments are closed.