Keadaan di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Gilberto Novaes, Manaus, Brazil, Foto Agensi

SAO PAULO – Angka korban Covid-19 di Brazil lebih tinggi berbanding di Amerika Syarikat buat kali pertama dalam tempoh 24 jam.

Kementerian Kesihatannya memaklumkan Brazil merekodkan 807 kes kematian dalam tempoh berkenaan, manakala Amerika Syarikat pula 620.

Brazil kini negara kedua dunia paling teruk mengalami wabak koronavirus dengan 374,898 kes di belakang Amerika Syarikat dengan 1.637 kes.

Jumlah kematian akibat koronavirus di Amerika Syarikat adalah sebanyak 97,971 berbanding Brazil 23,473. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast