Dr Mike Ryan. Foto Reuters

GENEVA – Negara-negara yang menunjukkan penurunan kes koronavirus masih berdepan dengan kemuncak kedua jika melonggarkan langkah-langkah pencegahan terlalu awal.

Amaran itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandangkan dua masih berada pada pertengahan gelombang pertama penularan wabak Covid-19, kata Ketua Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan.

Ryan berkata, banyak kes menurun di kebanyakan negara tetapi terdapat lonjakan kes di tengah, selatan Amerika, Asia Selatan dan Afrika.

Menurutnya, wabak sering muncul dalam bentuk gelombang, yang bermaksud ia boleh kembali pada akhir tahun ini di tempat-tempat yang mana gelombang pertama reda.

Ada juga kemungkinan kadar jangkitan dapat meningkat lagi dengan lebih cepat jika langkah-langkah untuk menghentikan gelombang pertama ditarik terlalu cepat.

“Apabila kita berbicara tentang gelombang kedua secara klasik, apa yang sering kita maksudkan adalah gelombang pertama penyakit itu sendiri dan kemudian ia berulang beberapa bulan kemudian. Dan itu mungkin menjadi kenyataan bagi banyak negara dalam beberapa bulan,” kata Ryan.

“Tetapi kita juga harus mengakui fakta bahawa penyakit ini boleh meningkat setiap saat. Kami tidak dapat membuat andaian penurunan kes sekarang bermakna ia akan terus menurun.

“Kami kini bersiap sedia untuk gelombang kedua. Kami mungkin mendapat puncak kedua dalam gelombang ini,” katanya.

Katanya, negara-negara di Eropa dan Amerika Utara perlu “terus menerapkan langkah-langkah kesihatan masyarakat dan sosial, langkah-langkah pengawasan, ujian saringan dan strategi yang komprehensif untuk memastikan negara itu berada di bawah trajektori dan tidak berdepan dengan kemuncak kedua.

Banyak negara Eropah dan Amerika Syarikat telah mengambil  menghapus langkah-langkah sekatan perjalanan yang mengekang penyebaran penyakit ini kerana ia menyebabkan ekonomi dalam kedudukan bahaya. – MalaysiaGazette