Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Penjelasan Pejabat Menteri Besar Kedah berhubung berita ‘Kedah sedia pertimbang buka kembali konsesi balak’ yang telah mencetuskan kekeliruan dan polemik dalam kalangan netizen.

Adalah diperjelaskan bahawa kenyataan Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang media di Wisma Darulaman, Alor Setar siang tadi

1. Bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baharu pembalakan.

2. Ia hanya cadangan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.

3. Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan.

4. Dalam hal ini, kerajaan negeri bertegas bahawa kawasan lain yang diganti itu mestilah dalam kawasan hutan pengeluaran yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan berasaskan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

5. Keutamaan kerajaan negeri ialah kehidupan rakyat akan dipastikan tidak terganggu, tiada pencemaran, tidak ada penggondolan, hakisan, banjir lumpur dan lain-lain akibat yang boleh membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.

6. Langkah-langkah ini akan diberi perhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya kerana jika kita bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1bilion, hal kawasan ganti itu tidak timbul.

Dikeluarkan oleh

MUHAMAD MAT YAKIM
Setiausaha Akhbar kepada
Menteri Besar Kedah

1 Komen

  1. Balik2 idea sama saja. Balak ja ka hampa bleh ikhtiar utk ekonomi kedah?
    Gantirugi RM1bilion? Aih peliknya..sedangkan hasil balak kat Kedah cuma rm300j~700j saja setahun. Tu pun maximum dah tu kot. Kira camna ni selama ni.

Comments are closed.