Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan membuat tindakan tepat apabila menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini di kawasan majoriti golongan itu.

Tindakan tersebut sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia daripada terdedah risiko penularan wabak Covid-19, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

“Bayangkan jika kerajaan mengikut gesaan NGO-NGO (badan bukan kerajaan) tertentu, maka puluhan atau ratusan PATI yang positif Covid-19 bergerak dengan bebas di negara kita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Shahir, keadaan pastinya bertambah buruk jika PATI dibenarkan bebas.

Seperti kelaziman pada setiap tahun ketika perayaan Aidilfitri, pendatang asing selalunya menghabiskan masa di pasar raya, KLCC dan taman-taman yang ada di ibu kota, katanya.

Tambah beliau, rakyat Malaysia bernasib baik kerana mereka (PATI) dikuarantin di depot tahanan menjadikan malapetaka gelombang Covid-19 yang baru dapat dihindari.

“Bercakap isu kemanusiaan, kerajaan Malaysia sebenarnya sangat baik hati dan menjunjung prinsip kemanusiaan sejagat.

“Contohnya, sewaktu PKPD (Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat), semua warga asing, dengan permit sah atau tanpa izin, diberikan makanan secukupnya secara percuma.

“Makanan yang diberikan ini adalah makanan cukup nutrisi. Sewaktu di depot tahanan, mereka diberikan kemudahan asas yang baik,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, jika penjarakan sosial menjadi isu di depot, maka kerajaan perlu melihat kepada aspek mengurangkan jumlah tahanan PATI pada sesuatu masa.

Tambah beliau, cara paling cepat adalah dengan menghantar pulang mereka yang negatif Covid-19 ke negara asal mereka secepat mungkin dan Kementerian Luar Negeri perlu bertindak cepat melaksanakan perkara itu.

Dalam sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan tidak akan tunduk kepada tuntutan pembela PATI.

Tegasnya, tindakan menahan dan menyaring PATI daripada Covid-19 akan diteruskan bagi memastikan wabak itu dapat dikawal dan tidak terus menular dalam kalangan rakyat.

Katanya, tindakan tegas kerajaan itu bertujuan menjaga serta memastikan kepentingan dan keselamatan umum, khususnya rakyat yang majoriti patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ismail Sabri turut memberitahu, kerajaan akan menghantar pulang PATI yang didapati negatif wabak itu ke negara asal mereka. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. NGO2 BABI NI SEMUA JANGAN D LAYAN..MAJORITI ORG MELAYU DI TANAH MELAYU MALAYSIA NAK WARGA ASING KELUAR DARI SINI…

  2. Tahniah n syabas diucapkn kpd kerajaan krn telah membuat keputusan yg tepat utk menghantar pulang semua PATI dr bumi Malaysia. NGO2 hanya tahu mengeluarkn kenyataan yg “membela” pelariàn PATI tanpa ada apa2 tindakan susulan. Segala perbelanjaan kerajaan yg menanggungnya. Cukuplah kerajaan berlembut, masanya Sudan tamat. Mini mass utk bertegas, teruskn dgn pelaksanaan MENGHANTAR PULANG SEMUA PELARIAN. Dgn adanya pelarian ini byk buruk dr bail. Syabas n tahniah diucapkan di atas ketegasan kerajaan!

  3. SYABAS KERAJAAN PIMPINAN TSMY… SOKONG USAHA DAN TINDAKAN DEMI RAKYAT MALAYSIA DAN NEGARA KITA YANG BERDAULAT.
    NGO-NGO YG SEPERTINYA ADA AGENDA TERSEMBUNYI ADA KEPERLUAN DITAHAN DAN DISOAL SIASAT. TIDAK MUSTAHIL MEREKA AGEN-AGEN PIHAK MUSUH NEGARA.

Comments are closed.