(Picture for representational purposes only). Foreign workers quieing up, waiting for their turn to go for the Covid-19 screening at Kampung Baru, Kuala Lumpur. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 16 APRIL 2020
(Picture for representational purposes only). Foreign workers quieing up, waiting for their turn to go for the Covid-19 screening at Kampung Baru, Kuala Lumpur. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 16 APRIL 2020

PUTRAJAYA – Sebanyak tiga kluster pembinaan mencatatkan 88 kes positif Covid-19 sehigga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua tapak pembinaan Kuala Lumpur penyumbang terbesar kepada jumlah itu dengan 75 kes.

“Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur di mana daripada jumlah 488 sampel yang telah diambil. (Sebanyak) 31 kes positif Covid-19 dikesan yang merangkumi 29 warga Bangladesh dan dua warga Indonesia.

“Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2 di mana daripada jumlah 350 sampel yang telah diambil. (Sebanyak) 44 kes positif Covid-19 dikesan yang merangkumi 34 warga Bangladesh, sembilan warga Indonesia dan satu warga Malaysia, semalam,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Tambah Noor Hisham, kluster-kluster ini dikenalpasti
susulan arahan saringan pekerja asing bagi industri pembinaan terutamanya di zon merah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setakat hari ini, seramai 27,383 pekerja di tapak binaan telah disaring Covid-19 oleh majikan masing-masing.

“Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya juga telah mengenakan perintah tutup tapak pembinaan dan rumah kongsi yang terlibat dengan Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

“Proses pembersihan dan nyah kuman di tapak pembinaan
serta rumah kongsi berikut sudah mula dilaksanakan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette