Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini disebabkan kebimbangan bagaimana permintaan minyak akan pulih dengan cepat meskipun kebanyakan negara sudah pun melonggarkan sekatan pergerakan.

Selain itu, pertikaian China-Amerika Syarikat telah menambahkan sentimen negatif ke atas minyak.

Niaga hadapan minyak Brent susut AS$0.21 atau 0.6% kepada AS$35.96 pada 0120 GMT manakala West Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$0.31 kepada AS$34.04 setong.

Pertubuhan Negara Pengeksport-Pengeksport Petroliam (OPEC) dan sekutu-sekutunya termasuk Rusia yang dirujuk sebagai OPEC+ telah mengurangkan pengeluaran minyak hampir 10 juta tong sehari pada bulan Mei hingga Jun untuk menstabilkan semula harga minyak yang menjunam akibat pandemik koronavirus.

Di Amerika Syarikat, yang mana beberapa negeri dibuka setelah melaksanakan sekatan pergerakan, optimis mengenai peningkatan dalam permintaan telah menyokong sentimen, tetapi pemulihannya rapuh, kata para penganalisis.

“Anggaran awal menunjukkan permintaan petrol turun sebanyak 30% dari tahun lalu kerana orang ramai berada dalam rumah,” kata ANZ Research dalam nota penyelidikannya.

Beberapa penganalisis dan bank meramalkan pasaran minyak seimbang secepat bulan Jun, tetapi itu boleh menjadi terlalu optimis, menurut Eurasia Group.

”Terdapat risiko ketara wabak koronavirus dan berlaku sekatan pergerakan berulang. Walaupun jika ia tidak berlaku, beberapa sekatan terutama dalam penerbangan akan tetap berlaku,” katanya dalam nota penyelidikan.

Walaupun permintaan AS meningkat, namun perlahan-lahan dan terdapat tanda-tanda inventori menurun.

Inventori minyak mentah A.S. dijangka jatuh pada minggu ketiga minggu lalu, menurut tinjauan Reuters.

Harga juga berada di bawah tekanan setelah penasihat ekonomi Presiden Donald Trump, Larry Kudlow, mengatakan bahawa China melakukan “kesalahan besar” dengan undang-undang keselamatan di Hong Kong.

Undang-undang keselamatan yang dicadangkan Beijing akan mengurangkan status undang-undang wilayah yang terpisah.

Parlimen China dijangka meluluskannya pada hari Khamis. – MalaysiaGazette