Protokol baharu akan dilaksana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merawat pesakit yang positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata protokol baharu itu akan merawat pesakit Covid-19 dalam masa 14 hari sahaja kerana kadar kebolehjangkitan wabak itu akan lemah selepas dua minggu dirawat.

“Bila kita laksanakan ujian pada hari ketiga belas, ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) masih positif dan mengikut pihak WHO ialah walaupun ujian itu positif mungkin ujian itu positif dikesan oleh PCR jadi bila tarikh itu virus itu akan jadi positif juga.