Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tiga ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Selangor membantah pemecatan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang yang lain yang disifatkan sebagai tidak relevan dan bertentangan perlembagaan parti itu.

Mereka ialah Sallehudin Amiruddin (Kuang), Mohd Shaid Rosli (Jeram ) dan Harumaini  Omar (Batang Kali) yang mengeluarkan kenyataan bersama hari ini.

Menurut ketiga-tiga ADUN itu, kelimat-lima ahli berkenaan tidak pernah mengisytiharkan keluar parti mahu pun menganggotai parti lain, justeru tindakan Setiausaha Kerja Bersatu menggugurkan keahlian mereka adalah tidak tepat.

Kata mereka, tindakan tersebut juga tidak melalui proses yang telah ditetapkan perlembagaan parti, di mana tiada surat tunjuk sebab diminta dari lima ahli berkenaan dan mereka tidak pernah dirujuk pada Lembaga Disiplin Parti.

“Cara penghentian keahlian lima ahli Bersatu ini merupakan tindakan tidak profesional, tidak telus, dilakukan secara tergesa–gesa dan memberi persepsi buruk terhadap parti, terutamanya dari aspek kepimpinan individu atau kumpulan yang mengeluarkan arahan tersebut.

“Kami dengan ini membantah dengan apa yang dimaksudkan sebagai pengguguran keahlian dan ingin memaklumkan di mana kami tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri juga menyokong dan berada bersama Kerajaan Negeri Selangor di mana kerajaannya dimilik oleh Pakatan Harapan (PH),” kata mereka. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

2 Komen

  1. Tak kan nak simpan org2 mcm ni yg xda pendirian. Boleh jahanam mcm ni. Ini politik. ESok2 mereka ok lah tu

  2. Budak2 pesta dadah atok dah pegang telur kalau tak dah lama kena charge. Kena serbu tengah laloq pun boleh lepas. Typical atok’s styles lah buka file setiap orang. Tolong ada makna

Comments are closed.