Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan wartawan secara sarkarstik apabila ditanya sama ada beliau akan bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pemecatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dengan nada bersahaja beliau menyindir Muhyiddin tidak boleh berjumpa dengan sesiapa dalam tempoh 14 hari kerana beliau kini sedang menjalani kuarantin akibat Covid-19.

“Saya diberitahu bahawa dia berada dalam kuarantina kerana bersama dengan seseorang yang menghidap penyakit itu.

“Kalau nak jumpa mesti kurang dari satu meter saja. Dia tak boleh berjumpa dengan sesiapa selama 14 hari,” katanya pada sidang media di Menara Yayasan Selangor di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memberitahu, beliau akan membawa isu pemecatan Muhyiddin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Katanya, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

“Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” ujarnya.

Beliau menjelaskan, banyak perkara salah dilakukan Muhyiddin sejak kebelakangan ini terutama membabitkan pemberian jawatan kepada ahli UMNO yang menyertai Bersatu. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Dulu bukan Tun ke yang kutip YB Umno masuk Bersatu, lepastu bagi jawatan pula seperti Tok Pa, sudah lupa ke? Awal-awal lagi DAP dan PKR pesan jangan kutip ahli UMNO masuk PH, ini lah salah satu puncanya PN berjaya diwujudkan kerana ramai sangat katak.

  2. Mahathir nak tunjuk lagak di pejabat Bersatu yang rak dan meja dia semua dah dikosongkan?

    Horeyyyyyyy… seronoknya nengok ATUK tua gila kuasa MEROYAN!!!

  3. Siap ko yiddin.. PN ko akn tmbng soon.. Yeahh.. X sbar tngok yidin join umno balik pastu disejukbekukan oleh jibby n geng hahahahaaa

  4. Masih sah ke mesyuarat sebab jawatan pengerusi sudah tiada ,pecat yg ramai pengikut bila2 masa blh kasi nama parti baru , yidin pm dia punya kuasa mahu lantik siapa dlm jawatan , kita nanti tengok mesyuarat siapa yg sah buat keputusan dlm parti ,pihak yidin atau madiy

  5. Sudah lah atuk Madey usah terperasan jadi pengerusi lagi. Keahlian kau dah gugur secara otomatik berkuatkuasa serta merta. Hari ni sepatutnya kau kena tahan masuk lokap sebab menceroboh premis Bersatu. Sebab kau bukan ahli Bersatu lagi.

  6. Cukup2 lah berpolitik. Kami rakyat marhaen bukan nak tengok gelagat puak2 yg hanya pentingkan diri sendiri dan keluarga sahaja. Jangan nak gunakan rakyat sebagai alasan untuk merebut kuasa. RAKYAT HANYA DIPERGUNAKAN UNTUK BERKUASA DAN TERUS BERKUASA. CUKUP2LAH BERBOHONG KEPADA RAKYAT.

  7. Umur dah masuk 95 masih sibuk mengejar dunia. Allah bagi ko bonus 32 tahun pun ko bazirkan mengejar dunia, menyebar fitnah, pembohongan dan perpecahan.

    Kesiannnnn

  8. Sah kerr apa yang mahathir buat ketika ini jika mengikut perlembagaan PPBM. Sedangkan dia sendiri yang umum meketak jawatan Pengerusi PPBM dan telah diterima dan sah berlaku perletakan jawatan itu oleh ROS yang mengumumkannya. Maka, Muhyidin madih lagi kekal (tidak pernah letak jawatan) Presiden PPBM, justeru memangku jawatan Pengerusi PPBM yang telah dikosongkan oleh mahathir. Celah mananya hak mahathir boleh menafikan tindakan Presiden parti yang kekal sah itu. Gila dan Bodoh betul mahathir ni yang mahu orang dengar cakap dia, walaupun salah.

Comments are closed.