Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Pendedahan Datuk Seri Hamzah Zainuddin baru-baru ini mengesahkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kerajaan semata-mata bertujuan menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dengan peletakan jawatan Dr Mahathir, ia secara langsung melumpuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetapi membuka jalan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untukĀ  mengekalkan jawatan Perdana Menteri dengan sokongan Barisan Nasional, Pas dan Gabungan Parti Sarawak.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Bersatu sebenarnya tertekan dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai apabila calonnya ditolak secara total oleh pengundi.

Penolakan itu membahayakan kelangsungan parti itu kerana Bersatu ditolak walaupun ketika itu sudah berkuasa di peringkat pusat, negeri dan tempatan hampir dua tahun.

Beliau mendedahkan tentang pertemuannya dengan seorang Ahli Parlimen Bersatu yang melompat keluar dari BN pada 12 Disember tahun lalu, dua bulan sebelum perletakkan jawatan oleh Dr Mahathir.

Ahli Parlimen itu, katanya, memaklumkan akan berlaku ‘rampasan kuasa’ dalam Bersatu,

”Tentunya Tun Dr Mahathir tahu tentang gerakan ini. Pada saya, agak mustahil orang seperti Tun Dr Mahathir tidak tahu mengenai sesuatu gerakan yang pastinya perlu kepada persetujuan Tan Sri Muhyiddin dan Azmin Ali, sekurang-kurangnya.

”Jadi kalau apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Hamzah itu benar, mengapa pula hari ini, Tun Dr Mahathir pula bertindak seolah-olah dia dikhianati oleh TS Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin PPBM yang lain?.

”Jawapan kepada soalan ini diberi kepada saya pada 12hb Disember 2019 oleh Ahli Parlimen PPBM itu: Tun Dr Mahathir akan lupa apa yang dia cakap atau diberitahu selepas EMPAT hari kemudiannya.

”Mendengar “diagnosis” itu, saya tersenyum sahaja kerana kalau saya menokok tambah, saya akan disahkan prejudis saya terhadap Tun Dr Mahathir.

”Saya menjawab kepada ahli parlimen itu: UMNO boleh terima TS Muhyiddin. Atau “TS Muhyiddin is acceptable to UMNO,” katanya.

Menurut Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru itu, beliau sudah mula mendengar mengenai perkongsian kuasa antara BN, Pas dan Bersatu bersama puak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa PRK Kimanis.

Beliau berkata, dia dipanggil olih Presiden UMNO untuk memberi pendapat kepada satu gabungan politik baharu.

”Saya bukanlah berkedudukan tinggi dalam parti. Hanya seorang ketua bahagian. Tidak juga seorang ahli parlimen yang mempunyai kedudukan untuk tawar menawar di peringkat yang tinggi.

”Tapi, kalau saya diberitahu tentang apa yang sedang dirancangkan di peringkat tertinggi parti dan kerajaan, adalah mustahil Tun Dr Mahathir, yang berada di puncak kuasa itu, tidak pula tahu.

”Betullah apa ahli parlimen PPBM (lompat) beritahu saya pada 12hb Disember 2019.

”Tun Mahathir akan lupa apa yang diberitahu dan diputuskan bersama selepas 4 hari kemudiannya,” ujarnya.

Shahrir menambah, Hamzah tidak akan menggunakan “diagnosis” keadaan ingatan Dr Mahathir ini kerana akan mengecilkan hati kecil bekas Perdana Menteri itu.

Namun, dakwa beliau, Hamzah pastinya ada berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana sanggup “berkorban” jawatan asalkan Anwar Ibrahim tidak jadi Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

TERKINI : Hamzah Zainuddin ‘BONGKAR’ Cerita Kenapa Keluar UMNO dan Masuk BERSATU

3 Komen

  1. Klau umno nak jdi PM, warga M’sia xx nak umno geng2 najib,kena cancel buang semua sekali, yg enggan ishtihar harta juga x layak jdi mentri,yg akhlak buruk, keji,bukan fasal ketua cawangn umno ko x, tpi warga M’sia bosan hutang M’sia berlambak2.ini di sebbkn apa? sebb hati mentri2 umno tu rakus dgn jwatan, gila jwatan, gila kuasa, akhlak buruk, sifat keji, tak mcm tun Abd Razak,udah2la buangla akhlak keji, buruk, berpolitikla dgn penuh berakhlak krn akhlak tu lambang pemurnian iman seseorg, tanda iman adalah amalan yg di buat, klau buat amalan buruk, maka imannya buruk,begitu juga sebaliknya,muhasabah la selalu diri tuu, jgn sampai di pdg Mahsyar baru nak muhasabah begitu ka?….

Comments are closed.